Saturday, 26 June 2021

Struggles as a medical student during MCO / PKP

Assalamualaikum and hii everyone. Today, Nadhirah is gonna rant a lot on her struggling that is happpening since March 2020. It has been about more than a year and it is still ongoing. There’s no sign of it to cease soon but only Allah knows. Nadhirah dont talk much on Twitter so here is her bebelan. To those who suddenly feel attacked or disagree on the mattters that will be discussed after this, you may leave. Thanks. Ahahaha

First and foremost, everyone knows that the class starts at 8 and it ends at 5. We do have our breaks at 10am and 1 pm for lunch and zuhur prayer. Everything happens as usual but it differs when we have to have it AT HOME. Distractions, siblings, self dicipline, time management, and I, i mean we tend to fall asleep due to uncondusive surrounding. My house is too cosy, as if it is tempting me to sleep, to just ignore my schedule.

Nad everytime she waits for the doctor  - presentation sessions. 🤣 ipad aka mirror selfie ni macam acara wajib pulak bila dh online2 ni. Look at how my house is, how can I not fall asleep during class?! Mcm gelap je, mcm best je tidur HAHAHHA.


2.  lecturer forgot their class scheduled for the day, we tried to contact them thru whatsapp but effort stayed in vain. Class postponed to a date , making that particular date a much more busy than usual. Tapi ni jarang berlaku lah, tapi kalau berlaku, yes tension jugaklah.


Saja simpan sini, nanti bila baca balik owh, teringat mcm mana nad belajar time pre clinical years.
I dont know why these pictures are like blurred / reduced in quality. Kalau tak jelas, i mean for a clearer image, just click on the picture okay. 

Ni 2 months ago, when covid was under control in Ipoh, Perak, so we had hybrid classes. Tgh dengar lecture online, sambil breakfast nasi lemak free for students, provided by I am not sure, either SRC or RCC. Hahaha janji free, kita makan.


3.  online discussion sucks because the internet connection is unstable. Voices are heard but its like robot speaking, putus2. Kadang tu, macam alien pun ya. HAHAHHA


Ni pulak video call dgn patient, utk CAS program (Community Attachment Scheme) in which we were  guided by the lecturer on how to do history taking, and we were asked to interview and make a report about the patient. We could have been to the patient’s house if it wasn’t due to covid . Takpelah, kita video call je, redha walaupun, agak susah ya, sebab patient tu, line dia teruk sgt, so, banyak input yg kami tak dpt catat.

4.  online practical, meaning we have to learn the way to take blood pressure, learn about injections, inspection of the body online, so there’ll be no hands on.. which will affect our skills when we enter clinical year.

Ni masa practice ICE session (hands-on) utk male cathetherization. Masa ni covid agak terkawal, so dapat lah sebulan lebih gi campus, we had hybrid classes, in which, lectures were all online - as usual, but practicals and hands-on were done physically in the labs. 

5.  worst thing ever happened  - postponed eom (End Of Module) a.k.a final exam for every module, and indirectly causes back to back exam. - 2 eom which will be conducted one after another! Memang kami pandai, memang pharmaco, patho, anat, physio, microb, parasito, ILA semua dlm otak dh utk 2 module tu, hmm. Sampaikan ada kawan nad cakap, “bunuh jelah kiterang kalau macam ni “ hahsahshahsha stress sgt dah tuu…ada beberapa hari je in between 2 big exams, THIS IS TOTALLY ABSURD.


Me when I was setting my camera on TEAMS meeting - lecturer pantau kita exam, takut kita meniru, copy google etc. Pardon my face, masa ni Nad terbangun lambat, this happened 3 days ago, i was on my period so, malam tu mesntrual cramp teruk, memang tak study lah, then takleh tidur sebab sakit, tup2 esok nya, terbangun pukul 8.35 pagi, exam kul 9.00. Once terjaga, terus cari laptop dan cas hp, sbb hp nak pkai untuk on camera. HAHAHAH jawab exam tak mandi. Tu muka sembab je.

Dah la exam online, line slow namateyyy, kita habis masa exam tu dekat loading ye, loading. 💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️


6.   i miss my friends, lecturers, BLT, MPH, cafe, library and student lounge so bad that I smilee everytime I see my friends faces in their instagram stories / whatsapp status 😭😭😭. Ingat lagi petang2 bahagia je balik dari kelas, drive ke rumah 😂.

Ni after habis class, kelas petang cancel, so habis lab balik awall 😂 rindunya masa ni, about 2 months ago, i drove every single day to campus very early in the morning, lebih kurang jam 6.45 pagi. Keluar awal sebab nak elak traffic jam and nak berebut parking student yang limited edition hahahah 😂.

Hopefully this pandemic will back off soon. To you, Yes, you who are reading this, I just want to tell you, My friends and I are gonna sit for our Professional Exam 1 (to qualify us before entering clinical years) in less than a month from now, PLEASE PRAY FOR US. Ya Allah, banyaknyee nak study. 

I just finished my CNS exam 2 days ago. Rasa mcm kepala baru je pecah. 

Last, saja nak ckp, Belajar Medik tu best, menarik sangat, tapi yang sakit tu ialah bila nak exam, rasa nak nangis, eh tak2, memang dh nangis dah pun 😭😭😭😊. K dah, tu je, semoga nad dan rakan2nya pass every exam without repitition, Aamiinn.



Wednesday, 13 January 2021

3 lessons I learnt. ( 3 pengajaran hidup yang aku belajar hari ni.)

Salam Hii everyone!

I’ve been away for quite some time, juggling with my online studies. Been away for almost a year, I guess. The only thing that brought me here is my desire to rant, to spill off my thoughts. Recently, something happened to someone close to me. And from that, I’m thinking of pouring down all those stuff inside my head, hoping that people will read and take benefit of it.

Tapi, aku nak cerita dalam bahasa melayu lah, sebab lebih ‘sampai’. Korang tau kan, sometimes, ada perkataan dalam English yang mcm orang kata, ‘tak cukup sampai’.. some of the words la. Only some of it. Or, maybe, my vocab is not that enough to deliver my message. Jadi. Aku pakai BM ya! Martabatkan bahasa kita ☺️☺️

3 perkara yang aku belajar tu ialah ;

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.


Maka, dengan ini, aku start untuk kosongkan semula otak aku yang memang dah jem dengan hal medik + dengan 3 perkara tadi. Sian aku tau.. hari ni dah la penat belajar. Ni baru dapat ‘clearkan brain storage’. Takpe2 niat kerana Allah.  Ada pahala jihad belajar disitu.

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sebenarnya, benda ni semua orang dah tau. It’s a common sense. Balik2 kalau pergi ceramah mana2 pun, ada je disentuh bab bersyukur ni. Sebab kita manusia, perlu sentiasa diingatkan dgn rasa syukur. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni.. ceh, baru 21. Haa takpe, sekurang2nya aku dapat belajar sesuatu. Ok ok berbalik pada cerita asal. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni, aku ada ramai kawan. Ada yang kaya, maksud aku, jenis yang memang kaya gila. Nak apa semua dapat. Dan ada jugak yang miskin, miskin yang aku rasa, bagi aku, dah boleh kira miskin sangat lah. Ada jugak yang sederhana, macam aku. Yang sederhana ni biasa-biasalah. 

Ok. Yang kaya ni, serious kaya betul. Boleh kata, pendapatan isi rumah sebulan tu, berpuluh2 ribu, sorry ya geng, bagi aku, tu dah kaya betul dah. Sebab bolehh dikategorikan sebagai, nak beli apa, beli je tanpa berfikir panjang. Nak pulak, kawan2 aku yang kaya ni, kalau tak anak tunggal, adik-beradik dia mesti paling ramai 3 orang la. Kira memang orang yang terlebih senang la. Gadjet dia, semua latest, rumah lawa, banglo kau. Nak apa semua dapat. Hmm..memang kaya.

Pastu, kawan aku yang miskin ni pulak, sejak ayah dia meninggal time kami sekolah rendah dulu, hidup dia susah sangat. Nak pulak dia anak sulung. Ada lagi adik2 perempuan yang masih kecil, masih perlukan jagaan /asuhan. Jadi, sekarang, mak dia tulang belakang keluarga dia. Masa zaman sekolah tu, aku serius tak sangka dia sesusah / semiskin itu. Sampai lah ada kawan lain cerita kat aku, yang dia tu, tahap susah hidup dia, sampai family dia berkongsi sewa rumah dengan orang lain. Korang boleh bayangkan tak? Sebuah rumah setingkat, bilik dalam 3 ke 4 kut macam tu, bilik air mungkin 2, ( aku agak melalui tgk rumah tu dari luar je lah) lepastu setiap bilik tu keluarga yang berlainan. Ada jugak lelaki bujang yang menyewa bilik dalam rumah tu. Ya allah kesian weh. Aku terfikir, macam mana dia belajar. Keadaan rumah macam tu langsung tak kondusif. Kena kongsi satu bilik sekeluarga, lepas tu bilik air kongsi dengan orang luar entah sapa2. Nak jaga aurat lagi (sebab kawan aku tu perempuan, the whole family dia perempuan). And, aku dengar dulu, sejak ayah dia meninggal, tak mampu bayar kereta, kereta kena sita. Jadi, ada motor je satu. Tahap tak cukup duit tu sampai mak dia terpaksa hantar adik yang paling kecil, ke kampung, untuk tinggal dgn ahli keluarga lain kat kampung. Mungkin sedara atau atuk opah dia. Tu aku tak tau, tak berani nak tanya banyak sebab yelah, hal2 berkaitan kesusahan / pendapatan gaji semua ni agak sensitif bagi sesetengah orang. 

Ayah aku selalu cakap, sentiasa pandang orang yang berada di bawah kita, bukan orang yang diatas. Sebab dengan cara ni kita boleh ‘develop’ rasa syukur dengan apa yg kita ada. Kembali kepada cerita aku, someone close to me said “kita orang sederhana, tapi kenapa hidup kita macam B40”. Dia kata macam tu semata-mata sebab dia tak dapat kemahuan dia. Again I repeat ‘KEMAHUAN DIA’. Bukan keperluan. Untuk lebih spesifik, kemahuan dia ialah dia nak gadjet mahal macam ipad untuk belajar sedangkan di rumah dia dah cukup dah ada desktop 2 unit untuk memenuhi keperluan. Pada pandangan aku, desktop tu cukup je untuk tahap pembelajaran sekolah menengah. Cukup untuk menyertai kelas online di musim pkp. Sebab tu, kadang aku terfikir, kenapa dia tak pandang orang susah, macam yang aku cerita tadi.. rumah pun berkongsi dengan orang lain. Langsung tak kondusif, apatah lagi gadjet. Gadjet yang si miskin tadi ada cuma handphone murah harga RM200 -300 mcm tu. Jika nak dibandingkan dengan ‘someone close to me’ tadi yang ada desktop 2 unit, dalam rumah ada wifi laju lagi. Hmm..fikir fikirkanlah.


2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

Okay, sebenarnya tajuk kedua ni agak berkait dengan topik yang di atas tadi. Apa yang aku maksudkan disini ialah, kita kena sedar diri kita di mana. Nak senang cerita, aku ambil diri aku sendiri lah. Aku seorang pelajar tahun 2 perubatan, hidup dengan elaun Mara (berstatus pinjaman boleh ubah) bukan biasiswa penuh. Aku masih menumpang di rumah mak ayah aku, sebab campus uni dekat dengan rumah. 

Poin aku sekarang ialah, sebagai pelajar yang masih menuntut, langsung tidak ada pendapatan sampingan, dan duit elaun pun aku guna untuk keperluan harian, duit minyak kereta, duit untuk bayar makan aku luar di rumah sepanjang pengajian, dan duit untuk beli ‘medical-related stuff’, AKU KENA SEDAR YANG AKU NI SANGAT2 LAH B40. Kenapa? Sebab... Kerja pun tak, gaji takde. Elaun pun pinjaman, bukan biasiswa, tu pun berapa ratus je, plus, aku memang tak minta tambahan duit belanja daripada mak ayah, sebab tak nak susahkan mereka, mereka ada anak2 yang lain untuk difikirkan, untuk ditanggung kosnya. Jadi aku hidup dgn duit elaun je. Rumah takde, tumpang rumah mak ayah. Kereta pun takde. Yang ada tu semua mak ayah punya. Lupa nak mention, aku memang tak mintak dah duit mak ayah sejak aku masuk asasi.

Bila kita sedar semua ni. Yes, kita akan berpijak di bumi yang nyata. Jadi, untuk apa pakai gadjet mahal2 iphone 12 latest2 semua tu. Kenapa perlu beli barang2 branded yang kita sememangnya tak mampu nak beli? Kenapa sanggup habiskan duit makan tempat mahal2 sedangkan kita tak mampu? Kenapa perlu untuk kita kejar benda yang bukan taraf kita. Semata2 sebab trend? Wow, sebab trend je kita sanggup habiskan duit yang tak berapa nak ada ni. 

Ni lah yg aku maksudkan dengan, “hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain”. Jangan sebab kita nampak kawan2 pakai gadjet latest, kita pun nak ikut kejar pakai benda yang sama. Jangan terpengaruh. Sedar diri kita di mana. Kalau betul2 nak, pergi belajar rajin2 kerja bagus-bagus, waktu tu, dah mampu, ha, nak beli, belilah. Aku tak halang kalau korang nak jadikan sesuatu yang mahal tu sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri setelah korang punya ‘mission accomplish’. Tapi berpada2 lah reward tu pun. Jangan lah sampai mahal sangat, melebihi kemampuan diri. 

Jadi, dalam kes korang, korang nilai2 kanlah sendiri.


3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.

Pengajaran yang ketiga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Yang ni pun siap di sebut lagi dalam peribahasa melayu, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Maksudnya, kita kena menyesuaikan diri dgn tempat dan keadaan. Contoh dia lebih kurang je dgn situasi yang aku dah bincang kat atas. Plus, benda ni semua orang faham kut. Sebagai contoh lah eh, dalam course medic aku kat uni, bukan semua orang mampu nak beli ipad untuk mudahkan pembelajaran. So, dalam satu batch tu, ada a few of us yang takde ipad, stay old-fashion iaitu print notes. So, tengok diorang, even though susah sikit la kan, sebab notes BANYAK GILA NAK PRINT, dengan tersilap print lagi, dengan lecturer update slide powerpoint last minute, still diorang bersabar dan excellent at the end of the day. Tak pernah merungut. Sebab apa? Sebab mereka menyesuaikan diri dengan keadaan, keadaan yang susah la, duit tak berapa nak ada sangat. 

Semua contoh yang aku guna, berkait dengan student, sebab aku sendiri adalah pelajar. Tapi ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh diaplikasi pada situasi lain. Korang boleh je kaitkan dengan kehidupan masing-masing.

Basically all these lessons are not new, just we, humans tend to forget what we need to realize and to remember. I’m just putting these issues up here to remind us all of what we always forget. Jazakallahu khairan kathira.