Wednesday 13 January 2021

3 lessons I learnt. ( 3 pengajaran hidup yang aku belajar hari ni.)

Salam Hii everyone!

I’ve been away for quite some time, juggling with my online studies. Been away for almost a year, I guess. The only thing that brought me here is my desire to rant, to spill off my thoughts. Recently, something happened to someone close to me. And from that, I’m thinking of pouring down all those stuff inside my head, hoping that people will read and take benefit of it.

Tapi, aku nak cerita dalam bahasa melayu lah, sebab lebih ‘sampai’. Korang tau kan, sometimes, ada perkataan dalam English yang mcm orang kata, ‘tak cukup sampai’.. some of the words la. Only some of it. Or, maybe, my vocab is not that enough to deliver my message. Jadi. Aku pakai BM ya! Martabatkan bahasa kita ☺️☺️

3 perkara yang aku belajar tu ialah ;

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.


Maka, dengan ini, aku start untuk kosongkan semula otak aku yang memang dah jem dengan hal medik + dengan 3 perkara tadi. Sian aku tau.. hari ni dah la penat belajar. Ni baru dapat ‘clearkan brain storage’. Takpe2 niat kerana Allah.  Ada pahala jihad belajar disitu.

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sebenarnya, benda ni semua orang dah tau. It’s a common sense. Balik2 kalau pergi ceramah mana2 pun, ada je disentuh bab bersyukur ni. Sebab kita manusia, perlu sentiasa diingatkan dgn rasa syukur. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni.. ceh, baru 21. Haa takpe, sekurang2nya aku dapat belajar sesuatu. Ok ok berbalik pada cerita asal. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni, aku ada ramai kawan. Ada yang kaya, maksud aku, jenis yang memang kaya gila. Nak apa semua dapat. Dan ada jugak yang miskin, miskin yang aku rasa, bagi aku, dah boleh kira miskin sangat lah. Ada jugak yang sederhana, macam aku. Yang sederhana ni biasa-biasalah. 

Ok. Yang kaya ni, serious kaya betul. Boleh kata, pendapatan isi rumah sebulan tu, berpuluh2 ribu, sorry ya geng, bagi aku, tu dah kaya betul dah. Sebab bolehh dikategorikan sebagai, nak beli apa, beli je tanpa berfikir panjang. Nak pulak, kawan2 aku yang kaya ni, kalau tak anak tunggal, adik-beradik dia mesti paling ramai 3 orang la. Kira memang orang yang terlebih senang la. Gadjet dia, semua latest, rumah lawa, banglo kau. Nak apa semua dapat. Hmm..memang kaya.

Pastu, kawan aku yang miskin ni pulak, sejak ayah dia meninggal time kami sekolah rendah dulu, hidup dia susah sangat. Nak pulak dia anak sulung. Ada lagi adik2 perempuan yang masih kecil, masih perlukan jagaan /asuhan. Jadi, sekarang, mak dia tulang belakang keluarga dia. Masa zaman sekolah tu, aku serius tak sangka dia sesusah / semiskin itu. Sampai lah ada kawan lain cerita kat aku, yang dia tu, tahap susah hidup dia, sampai family dia berkongsi sewa rumah dengan orang lain. Korang boleh bayangkan tak? Sebuah rumah setingkat, bilik dalam 3 ke 4 kut macam tu, bilik air mungkin 2, ( aku agak melalui tgk rumah tu dari luar je lah) lepastu setiap bilik tu keluarga yang berlainan. Ada jugak lelaki bujang yang menyewa bilik dalam rumah tu. Ya allah kesian weh. Aku terfikir, macam mana dia belajar. Keadaan rumah macam tu langsung tak kondusif. Kena kongsi satu bilik sekeluarga, lepas tu bilik air kongsi dengan orang luar entah sapa2. Nak jaga aurat lagi (sebab kawan aku tu perempuan, the whole family dia perempuan). And, aku dengar dulu, sejak ayah dia meninggal, tak mampu bayar kereta, kereta kena sita. Jadi, ada motor je satu. Tahap tak cukup duit tu sampai mak dia terpaksa hantar adik yang paling kecil, ke kampung, untuk tinggal dgn ahli keluarga lain kat kampung. Mungkin sedara atau atuk opah dia. Tu aku tak tau, tak berani nak tanya banyak sebab yelah, hal2 berkaitan kesusahan / pendapatan gaji semua ni agak sensitif bagi sesetengah orang. 

Ayah aku selalu cakap, sentiasa pandang orang yang berada di bawah kita, bukan orang yang diatas. Sebab dengan cara ni kita boleh ‘develop’ rasa syukur dengan apa yg kita ada. Kembali kepada cerita aku, someone close to me said “kita orang sederhana, tapi kenapa hidup kita macam B40”. Dia kata macam tu semata-mata sebab dia tak dapat kemahuan dia. Again I repeat ‘KEMAHUAN DIA’. Bukan keperluan. Untuk lebih spesifik, kemahuan dia ialah dia nak gadjet mahal macam ipad untuk belajar sedangkan di rumah dia dah cukup dah ada desktop 2 unit untuk memenuhi keperluan. Pada pandangan aku, desktop tu cukup je untuk tahap pembelajaran sekolah menengah. Cukup untuk menyertai kelas online di musim pkp. Sebab tu, kadang aku terfikir, kenapa dia tak pandang orang susah, macam yang aku cerita tadi.. rumah pun berkongsi dengan orang lain. Langsung tak kondusif, apatah lagi gadjet. Gadjet yang si miskin tadi ada cuma handphone murah harga RM200 -300 mcm tu. Jika nak dibandingkan dengan ‘someone close to me’ tadi yang ada desktop 2 unit, dalam rumah ada wifi laju lagi. Hmm..fikir fikirkanlah.


2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

Okay, sebenarnya tajuk kedua ni agak berkait dengan topik yang di atas tadi. Apa yang aku maksudkan disini ialah, kita kena sedar diri kita di mana. Nak senang cerita, aku ambil diri aku sendiri lah. Aku seorang pelajar tahun 2 perubatan, hidup dengan elaun Mara (berstatus pinjaman boleh ubah) bukan biasiswa penuh. Aku masih menumpang di rumah mak ayah aku, sebab campus uni dekat dengan rumah. 

Poin aku sekarang ialah, sebagai pelajar yang masih menuntut, langsung tidak ada pendapatan sampingan, dan duit elaun pun aku guna untuk keperluan harian, duit minyak kereta, duit untuk bayar makan aku luar di rumah sepanjang pengajian, dan duit untuk beli ‘medical-related stuff’, AKU KENA SEDAR YANG AKU NI SANGAT2 LAH B40. Kenapa? Sebab... Kerja pun tak, gaji takde. Elaun pun pinjaman, bukan biasiswa, tu pun berapa ratus je, plus, aku memang tak minta tambahan duit belanja daripada mak ayah, sebab tak nak susahkan mereka, mereka ada anak2 yang lain untuk difikirkan, untuk ditanggung kosnya. Jadi aku hidup dgn duit elaun je. Rumah takde, tumpang rumah mak ayah. Kereta pun takde. Yang ada tu semua mak ayah punya. Lupa nak mention, aku memang tak mintak dah duit mak ayah sejak aku masuk asasi.

Bila kita sedar semua ni. Yes, kita akan berpijak di bumi yang nyata. Jadi, untuk apa pakai gadjet mahal2 iphone 12 latest2 semua tu. Kenapa perlu beli barang2 branded yang kita sememangnya tak mampu nak beli? Kenapa sanggup habiskan duit makan tempat mahal2 sedangkan kita tak mampu? Kenapa perlu untuk kita kejar benda yang bukan taraf kita. Semata2 sebab trend? Wow, sebab trend je kita sanggup habiskan duit yang tak berapa nak ada ni. 

Ni lah yg aku maksudkan dengan, “hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain”. Jangan sebab kita nampak kawan2 pakai gadjet latest, kita pun nak ikut kejar pakai benda yang sama. Jangan terpengaruh. Sedar diri kita di mana. Kalau betul2 nak, pergi belajar rajin2 kerja bagus-bagus, waktu tu, dah mampu, ha, nak beli, belilah. Aku tak halang kalau korang nak jadikan sesuatu yang mahal tu sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri setelah korang punya ‘mission accomplish’. Tapi berpada2 lah reward tu pun. Jangan lah sampai mahal sangat, melebihi kemampuan diri. 

Jadi, dalam kes korang, korang nilai2 kanlah sendiri.


3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.

Pengajaran yang ketiga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Yang ni pun siap di sebut lagi dalam peribahasa melayu, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Maksudnya, kita kena menyesuaikan diri dgn tempat dan keadaan. Contoh dia lebih kurang je dgn situasi yang aku dah bincang kat atas. Plus, benda ni semua orang faham kut. Sebagai contoh lah eh, dalam course medic aku kat uni, bukan semua orang mampu nak beli ipad untuk mudahkan pembelajaran. So, dalam satu batch tu, ada a few of us yang takde ipad, stay old-fashion iaitu print notes. So, tengok diorang, even though susah sikit la kan, sebab notes BANYAK GILA NAK PRINT, dengan tersilap print lagi, dengan lecturer update slide powerpoint last minute, still diorang bersabar dan excellent at the end of the day. Tak pernah merungut. Sebab apa? Sebab mereka menyesuaikan diri dengan keadaan, keadaan yang susah la, duit tak berapa nak ada sangat. 

Semua contoh yang aku guna, berkait dengan student, sebab aku sendiri adalah pelajar. Tapi ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh diaplikasi pada situasi lain. Korang boleh je kaitkan dengan kehidupan masing-masing.

Basically all these lessons are not new, just we, humans tend to forget what we need to realize and to remember. I’m just putting these issues up here to remind us all of what we always forget. Jazakallahu khairan kathira.