Assalamualaikum, Hi semua!
Lama dah tak tulis blog, and now that I’m free from academic burden for awhile hahaha, I’m gonna post some updates here on my blog.
Topic harini, Tips nak pass final pro MBBS. I know it’s not easy. Even if I were to repeat also I taknak huhu, mati hidup balik pun TAKNAK. Terus terang I cried everyday for more than a month before exam started. Dah mcm depressive symptoms dah. Cukuplah sekali hahahah. And now I tinggal nak survive houseman je untuk dapat lesen MMC penuh.
So, lets go straight to the point.
What did I do to prepare for exams, i can divide it into 3 subgroups :
1. Effort belajar sepanjang tahun
2. Pecutan terakhir (1- 3 months sebelum Final Pro)
3. Agama (Allah) & parents
Kita go with effort belajar setahun dulu.
1. Effort belajar sepanjang tahun
1. Jot down what being mentioned in class.
Sebolehnya jangan tidur, sebab even if kita and kawan kita tulis apa dr cakap, tak semestinya kita berdua faham benda yang sama, sometimes mesej tak sampai so when exchanging opinions on what you guys jotted down, you akan lebih faham. Kadang tu, 6 ayat Dr cakap, 3 ayat first, kawan kita dpt catch and tulis, 3 ayat last, kita dapat catch, nanti after class can exchange with friends to complete the side notes tu. Kadang, yg kita tulis kecik based on apa Dr ckp, tu yg masuk exam
Yg conteng merah2 tu lah contoh scenario yg masuk exam, penting tau. |
Remember, those things Prof mentioned in class are the important ones, selalu keluar exam. Kadang prof / Dr dah siap bagi tips / hint exam nanti masa lecture seminar tu. So please, jot down. Boleh je nak tanya terus, specific disease ni sangat important atau just “good to know” je.
2. Clinical Examination, sila buat Notes.
Why do i say so? Sebab kita ni pemalas, sorry if I make you feel offended, tapi kita ni pemalas nak practice segala jenis examination CVS, RESPI, CNS, ORTHO & it’s special tests yang berlambak tu, HAND RHEUMATO, OBGYN etc etc kat patient hari2. Tell me sapa yang memang practice hari2? Kalau ya, tahniah, you are one of the rarest 🤣.
So buat lah notes termasuk dgn how to summarize the findings dalam satu buku / file goodnotes yang later on korang boleh print dan bawak hari2 bila BST dan senang jugak nak refresh bila nak OLC (observed long case) or nak Final Pro OSCE nanti. Bila nak final pro, takde masa nak pergi hospital practice dah. You need to save your energy to refresh theory. Time ni nanti, examination tu refresh baca balik je dan hafal. Bila nak final osce, tinggal nak practice refresh je malam sebelum tu, then esok smooth je buat tu.
Ini contoh i compile my examination notes, dalam bentuk booklet pdf, so bila nak practice kat hosp, i bawak printed jugak (kenapa print?? Sebab nanti time pro exam, pagi tu dia amik device kita, and kita kena isolate, so nak revise pakai apa kalau tak print kann)
3. Hubungan dengan Dr, Prof.
Jagalah hubungan baik2, ambil hati prof / dr dengan cara selalu tanya soalan after class. Bila selalu buat mcm ni, prof akan kenal you so well, dia akan ingat nama you, muka you. So katakanlah, later on bila final pro you fail, nak pulak your marks lagi 1 markah je nak pass, 49% contohnya, so dalam board meeting, prof / dr yang kenal you akan bagi syafaat la ibaratnya, sebab dia nampak you work hard sepanjang tahun, selalu tanya soalan, rajin etc etc. Tapi, buat benda ni biar ikhlas, bukan semata2 nak ditolong sekiranya fail. Approach dr dengan niat memang nak belajar, so that everyday you’ll learn something new.
Senang cakap, dah baca, datang kelas, time kelas tak faham, tanya je terus, nampak bodoh takpe, you are still a student, tanya lah selagi boleh, bila dah kerja nanti malu nak tanya sebab you are already a doctor. Dan bila dah kerja mesti soalan2 you kena ke level orang dah habis degree, bukan level undergrad lagi.
So take this chance!
Selain dari tu, kepentingannya ialah untuk kutip hint2 apa nak keluar exam hshsh, kalau dr nampak you study hard, tapi apa you study tu dia tahu memang tak keluar, at least, dia maybe akan tolong la bagi hint sikit2 untuk tarik you ke jalan yang lurus (on what gonna come out in exam) supaya you study benda yang betul2 penting.
4. Settle logbook awal2 in 1-2nd week of posting supaya boleh focus on OLC & EOP later.
Logbook senang, pergi ward hari2, mintak cop HO, then settle. Urus masa dgn baik, sebab nanti ada 2 CWU nak buat, ada BST lagi yang berkali2 nak kena present, seminar lagi, pastu nak ready for OLC (which is of course not easy to pass, and must PASS untuk ticket duduk final pro), and EOP lagi.
Lagi2 posting terakhir sebelum pro, mcm i haritu medicine last posting, so memang kita buat deal dengan Dean untuk shortened kan last posting tu dari 8 week menjadi 7 week only sebab nak save one week for revision final pro. So memang hectic hari2 BST dengan nak revise pro nya, OLC Medicine nya. Plan your time well okay.
5. Baca buku tebal perlu tak?
Yes, must be done before OLC. Try buat short notes utk semua penyakit penting je yang femes kat ward (refer from suggested books by prof to complete your notes) sebab kekadang seminar slide tu tak complete sebab ada kawan2 kita yang pemalas nak buat slide so memang some of the topics tak complete.
Kalau tanya cara I, I beli buku notamedik from senior. yes it helps sebab most of what lecturer mention (untuk UNIKL) menang ada ditulis dalam tu, TAPI TAK COMPLETE YA. Kalau baca notamedik je, memang you pass nyawa2 ikan dan boleh fail. So kalau I, I akan bukak buku yang tebal2 tu + lecture note + amboss, and cooperate with my friend, wiyah. So apa point yg ada dlm those sources tapi takde kat dalam notamedik, we all akan tulis tambah kat dalam notamedik. Jadi, kalau pergi ward, takyah bawak buku tebal, bawak notamedik je. Sebab notes you dalam tu dah complete. Ni cara I. Terpulang masing2, kalau rasa serabut banyak tulisan, buat la dlm buku baru.
Ni contoh i buat :
Tapi takyah la khatam the whole thing, as i have always mention, kita takkan sempat habiskan semua, just buat notes untuk important topic je, contoh paeds, Nephrotic syndrome, HSP, DENGUE and yg common kat ward la. Tu je lah buat notes okay, extra2 tu kalau ada masa, boleh la.
Ni contoh nota paeds utk IgA vasculitis. Kalau tak muat, tanbah kertas lain, stapler mcm i buat tu |
Ada sesetengah topic penting yg takde dalam notamedik mcm duchene tu, ikutkan hati nak je aku buat notamedik version baru utk kita and juniors but tgk macam mana 🤣
So kalau takde tu buat notes sendiri mcm ni then stapler je skali dlm buku Notamedik tu je
6. Jangan ponteng kelas.
Penat mcm mana pun, jangan ponteng, for me, this is all about blessings / keberkatan. Allah takkan beri kejayaan kalau takde keberkatan dalam apa kita buat hari2.
Ada je kawan2 I yang sign attendance siap2 then ponteng. Tapi remember, tak berkat ye adik2.
2. Pecutan terakhir (1-3 months sebelum Final Pro)
1. Important topics only, buat list then bila dah cover, tick ✅
Cakap senang, tapi apa benda yg important tu? Ni lah pentingnya seminar & BST yang korang pergi hari2 tu yang I cakap tadi. Apa benda yg keluar dari mulut prof / dr, tu lah yang penting. Sebab tu jangan tidur dalam kelas, ngantuk2 pun catat okay. Apa yang I perasan, masa seminar kalau Prof mention sekian2 on specific slide, yg keluar dari mulut dia tu lah yang dia buat soalan exam. Takyah baca semua slide pun takpe time ulang kaji. Baca yg you guys star yg tulisan kecik2 korang catat dr cakap tu je.
Other than that, apa case yang ada kat ward, tu lah case common yang kita wajib tahu, so study lah case2 tu. Case yg bincang time BST pun, take note. Contoh : surgery - breast, thyroid, prostate, choledochole dan seangkatan dengannya, haa tu penting. If medicine - stroke, ACS, 6 life threatening causes of chest pain, pneumonia etc.
Takyah la study banyak2 slide tu, buang masa + you wont remember pun kalau study banyak sangat. Make sure buat list and cover everything, then tick. Kalau tak hafal takpe, at least ada la sikit isi yang logik nak goreng time exam nanti 🤣
Ni contoh list osce.. ni baru 1 page tau, total osce je i compile ada 9 pages 😭 |
Ni contoh important / high yield topics every posting i buat utk final pro. So i tahu mana penting mana perlu emphasize lebih. |
2. Kutip hints dari prof /Dr
Bila nak kutip? 3-4 BST terakhir dah boleh start pasang telinga, kadang korang present case stroke, tertiba Dr bawak korang pergi patient SLE. Haa prolly masuk exam lah tu. So make sure lah study case tu.
Apa dr ckp pun take note, ada hint dalam tu. Pastu kalau korang nak korek ke apa, jangan tanya direct sangat, berlapik sikit okay. Kalau dapat hint dari mana2 prof, jangan pi tanya direct pulak kat prof time BST, nanti dorang ingat korang dapat soalan bocor pulak. Pandai2 cover okay.
Ni masa revision week final pro, masa Dr W surgery punya session. I posted on my ig, you boleh dengar dia ckp “no tips, dont worry” 🤣🤣 |
3. Susun jadual bagi sempat cover everything
contoh, 2 hari cover medicine, then next 2 days cover surgery. But make sure, IMPORTANT TOPIC ONLY. Mcm mana nak tahu important ke tak? ANALYZE KERTAS PAST YEARS & HOT TOPICS discussed during BST. Dan bahagi elok2 masa untuk study MEQ, EMQ / SBA dan OSCE. Sebab kalau UniKL, kena pass those papers individually untuk pass final pro. So, even if your osce high marks pun takleh cover markah paper theory you yang 49% je, so memang akan fail.
4. Study with friends at least korang berdua, paling ramai berempat?
But make sure your strategy ni you betul2 yakin boleh lead you untuk pass 1st attempt. Kalau salah cara, memang akan fail then repeat. So plan betul2, maximise / efficientkan betul2 masa yang ada.
Ni lah masa kitorang study, memang 24/7 kat chillax and ILA room je 🤣😭😭 we studied together here, topic by topic.
5. Cari apa2 pun cara untuk destress.
My way is tidur, sebab memang tak cukup tidur, so tidur tu masa untuk i relax and rest and detress. Ada orang, tengok drama korea. Depends okay. As long as you tak develop MDD sudah.
And frankly speaking juga, I hari2 nangis on off 2 bulan before final pro sebab stress tak cukup masa + banyak topic tak sempat cover. Tapi, my way is, after i cry so hard, i akan jadi strong balik after that (memikirkan, “kau nak fail? Kalau kau sorang fail mcm mana? Kawan2 kau grad and kau tertinggal kat belakang, fail, kena study sorang2, takde kawan dah, convo pun sorang2 dengan junior je, kau akan susahkan parents sebab kena tanggung kau extra 6 months / 1 year”) ni je motivation I. Even if my bestfriend tengah2 study group dengan I tetiba breakdown nangis, aku akan yakinkan dia, then cakap, kita taknak fail sama2, kita nak pass sama2.
Ko tengok penat study, sampai ternganga tidur 😭😭🤣 nampak kan kosong belakang tu sebab dah lewat malam, org pun takde huhu |
Makan dulu, baru kamu (medic) |
|
See, dah pukul 12 baru balik 😭😭 yes of course stress sometimes sampai pukul 1 |
3. Agama (Allah) & parents
I tak cakap i tak gaduh dengan parents but i cuba jaga mukut i seboleh mungkin, dan mintak maaf & minta doakan / solat hajat bila nak exam. Jaga elok2 please hubungan, redha Allag terletak pada redha mak ayah.
Dengan Allah, i ada buat silap jugak, dulu i jenis yang fikir, nak cemerlang kena tahajjud hajat bergantung pada allag etc etc. Yes, betul, tapi kena betulkan niat, NIAT KERANA NAK DPT REDHA ALLAH, bukan untuk cemerlang. Allah redha, he will help you, and kabulkan doa you.
Benda yg I buat yang you boleh buat jugak :
- tawassul dengan amalan baik yg you selalu buat
- puasa everytime hari ada exam ( i’ve done this since spm)
- if possible, hari nak exam baca quran walaupun sikit ( i baca yaasin duku pagi tu otw drive ke uni hari nak exam, easy for me sebab dah hafal. You boleh baca 1/ 2 ayat quran, dah cukup utk keberkatan).
Solat je kat chillax tu lantak org lah nak tgk pun 😭😭 rasa jauh sangat surau, mcm buang masa nak gerak jauh 🤣😭 |
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Thats’s all, but specially untuk unikl juniors; PLEASE READ.
Kalau u bukan unikl, dari uni lain nak baca silakan. Ni tips yg i saja attach here too, takut ada tertinggal kat atas, some of it jugak yg maybe ulangan dari yg atas tapi lebih detail.
🌷 Past year question wajib habiskan / go thru untuk biasakan diri dgn contoh soalan. Same goes to past eop
Will it come out sebijik2 during pro exam ? Kalau luck u baik, contoh out of 20 meq tu, ada 1 meq past year / recent past eop. Tapi jangan berharap sangat dgn past papers ni utk meq. Paling2 pun kalau nak ulang past year, boleh la letak harapan kat public health, spec 1 and spec 2. O&G antara posting yg tak pernah ulang topic past year. Every year topic baru.
But for EMQ, ada lah dlm 5, 6 soalan past years. Yang lain semua baru. YES SEMUA SOALAN BARUU 😭 susah pulak tu.
Based on final pro (mine) batch year 5 23/24 : utk emq
Medicine - banyak soalan pharmaco aku tak faham kenapa. HELL YA.
Surgery - soalan standard.
Paeds - soalan banyak yang panjang nauu habis masa nak faham soalan je. Berperenggan ye soalan dia.
O&G - standard jugak la soalan nya
Ortho - okay2, standard jugak, make sure faham betul2 la topic penting and for me i pening kat spondylosis spondilitis tuuu 🤣 terlupa nak revise yg tu.
🌷 I suggest you buat analysis topic kat semua past years n past eops.. so that you nampak trend each posting tu mcm mana soalan dia berubah2 every year. And somehow nanti you boleh target nak emphasize kat mana.
Penting ya, as we all know disease berlambak, tak mungkin boleh ingat semua.
Compile semua Past year nak senang refer, buat compilation terkini. Jangan compile sorang2, team la dgn member.
Ni contoh i compile dgn bestfriend. |
Compile buat booklet begini, then sesama kawan2 korang divide la soalan tu n share jawapan. mampus lah kalau nak buat semua sorang2 😭 at least berdua.
🌷 list untuk osce, ni contoh, you buat list mcm ni, list ni i buat sendiri dgn my bestfriend. Then boleh tick kat sebelah tu dah buat notes ke belum? Dah practice ke belum. Bila buat mcm ni baru u sedar, banyak rupanya procedure you belum mahir / cover.
Last but not least, good luck ye adik2, i know you’ll eventually graduated and get what you want as long as you usaha. Allah takkan kecewakan hambanya yg berusaha. Nah saya attach gambar convo buat inspirasi n semangat. 🥰🥰💖💖💖
Till next time.
Lots of love from me, 💖💖💖
Nadhirah, your beloved senior 🤣