Friday, 3 January 2025

Tips Pass Final Professional Exam MBBS in just 1st Attempt

Assalamualaikum, Hi semua!

Lama dah tak tulis blog, and now that I’m free from academic burden for awhile hahaha, I’m gonna post some updates here on my blog.

Topic harini, Tips nak pass final pro MBBS. I know it’s not easy. Even if I were to repeat also I taknak huhu, mati hidup balik pun TAKNAK. Terus terang I cried everyday for more than a month before exam started. Dah mcm depressive symptoms dah. Cukuplah sekali hahahah. And now I tinggal nak survive houseman je untuk dapat lesen MMC penuh.

So, lets go straight to the point.

What did I do to prepare for exams, i can divide it into 3 subgroups :

1. Effort belajar sepanjang tahun 

2. Pecutan terakhir (1- 3 months sebelum Final Pro)

3. Agama (Allah) & parents


Kita go with effort belajar setahun dulu.


1. Effort belajar sepanjang tahun 


1. Jot down what being mentioned in class.

Sebolehnya jangan tidur, sebab even if kita and kawan kita tulis apa dr cakap, tak semestinya kita berdua faham benda yang sama, sometimes mesej tak sampai so when exchanging opinions on what you guys jotted down, you akan lebih faham. Kadang tu, 6 ayat Dr cakap, 3 ayat first, kawan kita dpt catch and tulis, 3 ayat last, kita dapat catch, nanti after class can exchange with friends to complete the side notes tu. Kadang, yg kita tulis kecik based on apa Dr ckp, tu yg masuk exam

Yg conteng merah2 tu lah contoh scenario yg masuk exam, penting tau.










Remember, those things Prof mentioned in class are the important ones, selalu keluar exam. Kadang prof / Dr dah siap bagi tips / hint exam nanti masa lecture seminar tu. So please, jot down. Boleh je nak tanya terus, specific disease ni sangat important atau just “good to know” je.


2. Clinical Examination, sila buat Notes.

Why do i say so? Sebab kita ni pemalas, sorry if I make you feel offended, tapi kita ni pemalas nak practice segala jenis examination CVS, RESPI, CNS, ORTHO & it’s special tests yang berlambak tu, HAND RHEUMATO, OBGYN etc etc kat patient hari2. Tell me sapa yang memang practice hari2? Kalau ya, tahniah, you are one of the rarest 🤣.

So buat lah notes termasuk dgn how to summarize the findings dalam satu buku / file goodnotes yang later on korang boleh print dan bawak hari2 bila BST dan senang jugak nak refresh bila nak OLC (observed long case) or nak Final Pro OSCE nanti. Bila nak final pro, takde masa nak pergi hospital practice dah. You need to save your energy to refresh theory. Time ni nanti, examination tu refresh baca balik je dan hafal. Bila nak final osce, tinggal nak practice refresh je malam sebelum tu, then esok smooth je buat tu.


Ini contoh i compile my examination notes, dalam bentuk booklet pdf, so bila nak practice kat hosp, i bawak printed jugak (kenapa print?? Sebab nanti time pro exam, pagi tu dia amik device kita, and kita kena isolate, so nak revise pakai apa kalau tak print kann)








3. Hubungan dengan Dr, Prof.

Jagalah hubungan baik2, ambil hati prof / dr dengan cara selalu tanya soalan after class. Bila selalu buat mcm ni, prof akan kenal you so well, dia akan ingat nama you, muka you. So katakanlah, later on bila final pro you fail, nak pulak your marks lagi 1 markah je nak pass, 49% contohnya, so dalam board meeting, prof / dr yang kenal you akan bagi syafaat la ibaratnya, sebab dia nampak you work hard sepanjang tahun, selalu tanya soalan, rajin etc etc. Tapi, buat benda ni biar ikhlas, bukan semata2 nak ditolong sekiranya fail. Approach dr dengan niat memang nak belajar, so that everyday you’ll learn something new. 

Senang cakap, dah baca, datang kelas, time kelas tak faham, tanya je terus, nampak bodoh takpe, you are still a student, tanya lah selagi boleh, bila dah kerja nanti malu nak tanya sebab you are already a doctor. Dan bila dah kerja mesti soalan2 you kena ke level orang dah habis degree, bukan level undergrad lagi.

So take this chance!

Selain dari tu, kepentingannya ialah untuk kutip hint2 apa nak keluar exam hshsh, kalau dr nampak you study hard, tapi apa you study tu dia tahu memang tak keluar, at least, dia maybe akan tolong la bagi hint sikit2 untuk tarik you ke jalan yang lurus (on what gonna come out in exam) supaya you study benda yang betul2 penting.



4. Settle logbook awal2 in 1-2nd week of posting supaya boleh focus on OLC & EOP later.

Logbook senang, pergi ward hari2, mintak cop HO, then settle. Urus masa dgn baik, sebab nanti ada 2 CWU nak buat, ada BST lagi yang berkali2 nak kena present, seminar lagi, pastu nak ready for OLC (which is of course not easy to pass, and must PASS untuk ticket duduk final pro), and EOP lagi.

Lagi2 posting terakhir sebelum pro, mcm i haritu medicine last posting, so memang kita buat deal dengan Dean untuk shortened kan last posting tu dari 8 week menjadi 7 week only sebab nak save one week for revision final pro. So memang hectic hari2 BST dengan nak revise pro nya, OLC Medicine nya. Plan your time well okay.





5. Baca buku tebal perlu tak?

Yes, must be done before OLC. Try buat short notes utk semua penyakit penting je yang femes kat ward (refer from suggested books by prof to complete your notes) sebab kekadang seminar slide tu tak complete sebab ada kawan2 kita yang pemalas nak buat slide so memang some of the topics tak complete.

Kalau tanya cara I, I beli buku notamedik from senior. yes it helps sebab most of what lecturer mention (untuk UNIKL) menang ada ditulis dalam tu, TAPI TAK COMPLETE YA. Kalau baca notamedik je, memang you pass nyawa2 ikan dan boleh fail. So kalau I, I akan bukak buku yang tebal2 tu + lecture note + amboss, and cooperate with my friend, wiyah. So apa point yg ada dlm those sources tapi takde kat dalam notamedik, we all akan tulis tambah kat dalam notamedik. Jadi, kalau pergi ward, takyah bawak buku tebal, bawak notamedik je. Sebab notes you dalam tu dah complete. Ni cara I. Terpulang masing2, kalau rasa serabut banyak tulisan, buat la dlm buku baru.

Ni contoh i buat :

Tapi takyah la khatam the whole thing, as i have always mention, kita takkan sempat habiskan semua, just buat notes untuk important topic je, contoh paeds, Nephrotic syndrome, HSP, DENGUE and yg common kat ward la. Tu je lah buat notes okay, extra2 tu kalau ada masa, boleh la.

Ni contoh nota paeds utk IgA vasculitis. Kalau tak muat, tanbah kertas lain, stapler mcm i buat tu


Ada sesetengah topic penting yg takde dalam notamedik mcm duchene tu, ikutkan hati nak je aku buat notamedik version baru utk kita and juniors but tgk macam mana 🤣

So kalau takde tu buat notes sendiri mcm ni then stapler je skali dlm buku Notamedik tu je









6. Jangan ponteng kelas.

Penat mcm mana pun, jangan ponteng, for me, this is all about blessings / keberkatan. Allah takkan beri kejayaan kalau takde keberkatan dalam apa kita buat hari2.

Ada je kawan2 I yang sign attendance siap2 then ponteng. Tapi remember, tak berkat ye adik2.










2. Pecutan terakhir (1-3 months sebelum Final Pro)

1. Important topics only, buat list then bila dah cover, tick ✅

Cakap senang, tapi apa benda yg important tu? Ni lah pentingnya seminar & BST yang korang pergi hari2 tu yang I cakap tadi. Apa benda yg keluar dari mulut prof / dr, tu lah yang penting. Sebab tu jangan tidur dalam kelas, ngantuk2 pun catat okay. Apa yang I perasan, masa seminar kalau Prof mention sekian2 on specific slide, yg keluar dari mulut dia tu lah yang dia buat soalan exam. Takyah baca semua slide pun takpe time ulang kaji. Baca yg you guys star yg tulisan kecik2 korang catat dr cakap tu je.

Other than that, apa case yang ada kat ward, tu lah case common yang kita wajib tahu, so study lah case2 tu. Case yg bincang time BST pun, take note. Contoh : surgery - breast, thyroid, prostate, choledochole dan seangkatan dengannya, haa tu penting. If medicine - stroke, ACS, 6 life threatening causes of chest pain, pneumonia etc.

Takyah la study banyak2 slide tu, buang masa + you wont remember pun kalau study banyak sangat. Make sure buat list and cover everything, then tick. Kalau tak hafal takpe, at least ada la sikit isi yang logik nak goreng time exam nanti 🤣 

Ni contoh list osce.. ni baru 1 page tau, total osce je i compile ada 9 pages 😭 

Ni contoh important / high yield topics every posting i buat utk final pro. So i tahu mana penting mana perlu emphasize lebih.


2. Kutip hints dari prof /Dr

Bila nak kutip? 3-4 BST terakhir dah boleh start pasang telinga, kadang korang present case stroke, tertiba Dr bawak korang pergi patient SLE. Haa prolly masuk exam lah tu. So make sure lah study case tu.

Apa dr ckp pun take note, ada hint dalam tu. Pastu kalau korang nak korek ke apa, jangan tanya direct sangat, berlapik sikit okay. Kalau dapat hint dari mana2 prof, jangan pi tanya direct pulak kat prof time BST, nanti dorang ingat korang dapat soalan bocor pulak. Pandai2 cover okay.

Ni masa revision week final pro, masa Dr W surgery punya session. I posted on my ig, you boleh dengar dia ckp “no tips, dont worry” 🤣🤣


3. Susun jadual bagi sempat cover everything

contoh, 2 hari cover medicine, then next 2 days cover surgery. But make sure, IMPORTANT TOPIC ONLY. Mcm mana nak tahu important ke tak? ANALYZE KERTAS PAST YEARS & HOT TOPICS discussed during BST. Dan bahagi elok2 masa untuk study MEQ, EMQ / SBA dan OSCE. Sebab kalau UniKL, kena pass those papers individually untuk pass final pro. So, even if your osce high marks pun takleh cover markah paper theory you yang 49% je, so memang akan fail.


4. Study with friends at least korang berdua, paling ramai berempat? 


Kenapa i letak tanda soal kat berempat tu? Sebab i pun meragui effectiveness kalau study group ramai2. I sendiri study berdua je dgn my bestfriend, wiyah. Dia explain kat I, I explain kat dia. In my opinion, kalau study ramai2, nanti you pening sebab banyak mulut so banyak pendapat. So paling2 nice pun 3 kut. Ni again I mention, pendapat I sahaja, ikutlah, kalau you rasa 5 orang lebih baik dan senang, terpulang okay.

But make sure your strategy ni you betul2 yakin boleh lead you untuk pass 1st attempt. Kalau salah cara, memang akan fail then repeat. So plan betul2, maximise / efficientkan betul2 masa yang ada.


Ni lah masa kitorang study, memang 24/7 kat chillax and ILA room je 🤣😭😭 we studied together here, topic by topic.



5. Cari apa2 pun cara untuk destress.

My way is tidur, sebab memang tak cukup tidur, so tidur tu masa untuk i relax and rest and detress. Ada orang, tengok drama korea. Depends okay. As long as you tak develop MDD sudah. 

And frankly speaking juga, I hari2 nangis on off 2 bulan before final pro sebab stress tak cukup masa + banyak topic tak sempat cover. Tapi, my way is, after i cry so hard, i akan jadi strong balik after that (memikirkan, “kau nak fail? Kalau kau sorang fail mcm mana? Kawan2 kau grad and kau tertinggal kat belakang, fail, kena study sorang2, takde kawan dah, convo pun sorang2 dengan junior je, kau akan susahkan parents sebab kena tanggung kau extra 6 months / 1 year”) ni je motivation I. Even if my bestfriend tengah2 study group dengan I tetiba breakdown nangis, aku akan yakinkan dia, then cakap, kita taknak fail sama2, kita nak pass sama2.

Ko tengok penat study, sampai ternganga tidur 😭😭🤣 nampak kan kosong belakang tu sebab dah lewat malam, org pun takde huhu
Makan dulu, baru kamu (medic)

 
See, dah pukul 12 baru balik 😭😭 yes of course stress sometimes sampai pukul 1


3. Agama (Allah) & parents

I tak cakap i tak gaduh dengan parents but i cuba jaga mukut i seboleh  mungkin, dan mintak maaf & minta doakan / solat hajat bila nak exam. Jaga elok2 please hubungan, redha Allag terletak pada redha mak ayah.

Dengan Allah, i ada buat silap jugak, dulu i jenis yang fikir, nak cemerlang kena tahajjud hajat bergantung pada allag etc etc. Yes, betul, tapi kena betulkan niat, NIAT KERANA NAK DPT REDHA ALLAH, bukan untuk cemerlang. Allah redha, he will help you, and kabulkan doa you.

Benda yg I buat yang you boleh buat jugak :

- tawassul dengan amalan baik yg you selalu buat

- puasa everytime hari ada exam ( i’ve done this since spm)

- if possible, hari nak exam baca quran walaupun sikit ( i baca yaasin duku pagi tu otw drive ke uni hari nak exam, easy for me sebab dah hafal. You boleh baca 1/ 2 ayat quran, dah cukup utk keberkatan).





Solat je kat chillax tu lantak org lah nak tgk pun 😭😭 rasa jauh sangat surau, mcm buang masa nak gerak jauh 🤣😭


🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Thats’s all, but specially untuk unikl juniors; PLEASE READ.

Kalau u bukan unikl, dari uni lain nak baca silakan. Ni tips yg i saja attach here too, takut ada tertinggal kat atas, some of it jugak yg maybe ulangan dari yg atas tapi lebih detail.


🌷 Past year question wajib habiskan / go thru untuk biasakan diri dgn contoh soalan. Same goes to past eop

Will it come out sebijik2 during pro exam ? Kalau luck u baik, contoh out of 20 meq tu, ada 1 meq past year / recent past eop. Tapi jangan berharap sangat dgn past papers ni utk meq. Paling2 pun kalau nak ulang past year, boleh la letak harapan kat public health, spec 1 and spec 2. O&G antara posting yg tak pernah ulang topic past year. Every year topic baru.

But for EMQ, ada lah dlm 5, 6 soalan past years. Yang lain semua baru. YES SEMUA SOALAN BARUU 😭 susah pulak tu.

Based on final pro (mine) batch year 5 23/24 : utk emq

Medicine - banyak soalan pharmaco aku tak faham kenapa. HELL YA.

Surgery - soalan standard. 

Paeds - soalan banyak yang panjang nauu habis masa nak faham soalan je. Berperenggan ye soalan dia. 

O&G - standard jugak la soalan nya

Ortho - okay2, standard jugak, make sure faham betul2 la topic penting and for me i pening kat spondylosis spondilitis tuuu 🤣 terlupa nak revise yg tu.


🌷 I suggest you buat analysis topic kat semua past years n past eops.. so that you nampak trend each posting tu mcm mana soalan dia berubah2 every year. And somehow nanti you boleh target nak emphasize kat mana.

Penting ya, as we all know disease berlambak, tak mungkin boleh ingat semua.

Compile semua Past year nak senang refer, buat compilation terkini. Jangan compile sorang2, team la dgn member.

Ni contoh i compile dgn bestfriend.

 Compile buat booklet begini, then sesama kawan2 korang divide la soalan tu n share jawapan. mampus lah kalau nak buat semua sorang2 😭 at least berdua.

🌷 list untuk osce, ni contoh, you buat list mcm ni, list ni i buat sendiri dgn my bestfriend. Then boleh tick kat sebelah tu dah buat notes ke belum? Dah practice ke belum.  Bila buat mcm ni baru u sedar, banyak rupanya procedure you belum mahir / cover.


Ni baru 1 page, lepas i listkan, ada 9 pages tau termasuk la psy handling angry pt etc. banyak wehh 😭😭 jangan pandang ringan kat osce tauu

Not only that, boleh susun jugak list tu mana yg boleh practice kat rumah, mana yg kena buat kat lab sebab ada procedure yg kena ada barang2 instrument kat lab. Pergi book lab awal2 kalau tak nanti penuh. Plan your study wisely.





Ni contoh analysis i buat sendiri utk every posting (MEQ). Nampak tak kat paeds tu banyak slash, 4 slash = 4 kali topic tu keluar past years. I list out semua diseases yg penting, then i tgk bila tahun dia pernah keluar, yang mana tak pernah keluar langsung, mana yg recently baru keluar etc etc. so now you’ll know already why one nak target this year. TARGET JE TAU = emphasize lebih study revision, bukan baca target je. Baca semua topic tu, tapi emphasize on target this year.

🌷 In terms of strategy, i punya berubah2, like, ni masa awal2. Bila dah nak dekat and i realized memang tak sempat nak cover (in depth) semua, i divide masa utk study 3 jenis paper tu by day.. 
contoh :
3 hari meq, 3 hari emq, then 2 hari osce, then repeat.

Tgk la jugak dengan jadual pro tu, kalau perasan, osce tu 2nd week. Mew emq first week, so bila nak dekat pro tu study la meq emq dulu, nanti habis paper tu baru focus osce pulak utk next week nya. Andd habiskan dulu posting yg simple / sikit mcm public health, psy, ENT, spec 1/2 awal2, AWAL2 tauu, then boleh sambung ikut kepentingan mcm medicine, followed by surgery paeds and so on. Benda ni antara yang i menyesal jugak la like study PH last2. So learn this lesson okay.


Kena plan tau, kalau tak you akan rasa lost. And please, JANGAN STUDY SORANG2, you akan rasa lost dan demotivated jugak. 

I study berdua, bila wiyah down, i naikkan semangat dia balik, bila i down, wiyah hype me up jugak. Sometimes nangis berdua 🤣🤣 at least tak sorang2 so tak rasa depressed sangat. 🤣

Nak pesan, stress, nangis je, tu benda biasa, lapar pergi makan, kalau stress sangat, promise yourself to get a good meal once habis study utk haritu,  tak kisah la pasar malam ke kfc ke, utk pujuk hati balik okayy 🤣

We all lepak chillax and bilik ILA siang malam 🤣 study together. 

Study week pro korang divide la by posting. Contoh, 3 harini cover medicine, 2 hari cover ortho. Make sure 2 minggu study week tu dah divide cukup2 utm cover emq meq osce.

Wiyah cover disease A, i cover disease B, then we discuss / ajar each other the points. Then, bukak contoh soalan utk disease tu dlm past year, practice tanya each other. Begitulah kita study.

🌷 tips Lecturer

Tips dr mana yg penting?
Masa nak revision time pro tu, only 1 or 2 Drs from every posting akan dtg revision session.

🌻 dr W surgery - takkan bagi hint langsung ya 🤣 like if you try to ask during revision time pun, dia jawab soalan you but there’s no hint at all.

 🌻 dr W medicine - if you tanya question topic2 penting time exam, dia jawab je. Kalau topic tu tak keluar, dia jawab sikit je then dia ckp, “forget about it“🤣 so hint kat situ. And please, sapa yg last posting medicine, mcm my group, kebetulan last bst before pro was with dr wahi. Case yg kitorang discuss tu standard la, tapi tiba2 dia bawak kami pergi satu pt SLE, and suruh kami buat hand examination. Terus we all take it as a hint. Masa pro exam osce, keluar weh hand exam. And we aced it 🤍 i ingat la masa osce tu dr Wahi assess i utk hand exam, dia bagi thumbs up after i berjaya did it smoothly heee 🥰🥰

🌻 dr TW surgery - dia bagi time bst last2. So pasang telinga okay.
🌻 Dr A ENT - wajib focus, hafal terus jelah ( 100% keluar 😭)
🌻 Dr T anaest - tak helpful sangat hint dia. Boleh la nak tanya2 soalan kut2 dah lupa als bls.
🌻 madam public health- dia org baru for us, hint dia pun langsung tak helpful sbb dia revise tu senua topic 🤣 and terus terang meq PH susah ye for me n my frens 😭
🌻 Dr O ortho - take note apa dia ajar, keluar ye
🌻 Dr H paeds - takde tips sgt pun 🤣 paeds susah la nak korek, unless ada a lecturer’s fav student, suruh student tu korek n share.


Again, i nak emphasize, jangan solely rely on hints, nanti kecewa. Sebab ada lecturer yg bagi hints tipu 😭 So hints tu just guna utk emphasis dalam analysis topic you jee.. and utk add up topic yg tertinggal. Study semua important topic, tapi tekankan more kat target based on analysis and hint dr.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Last but not least, good luck ye adik2, i know you’ll eventually graduated and get what you want as long as you usaha. Allah takkan kecewakan hambanya yg berusaha. Nah saya attach gambar convo buat inspirasi n semangat. 🥰🥰💖💖💖








Till next time.

 Lots of love from me, 💖💖💖

Nadhirah, your beloved senior 🤣

Wednesday, 7 February 2024

Review - Wardah Colourfit Foundation SPF 30

Assalamualaikum, hii guys !

Sampai ke harini, adalah dalam sebulan lebih aku konsisten pakai wardah foundation ni hari2. Sebelum ni duk pakai bedak compact wardah kaler biru tu je sebab nak cepat HOWEVERR.. I ADA JERAWAT KAT DAHI ha kecik2 mcm pasir tu. so memang kalau pakai bedak compact tepek2 tak cantik ye coverage.. maybe sebab dahiku bertekstur tidak rata HAHAHA.. mcm pasir pantai.

so untuk mengekalkan kejelitaan walaupun takde niat nak ngorat sesapa pun kat campus, kita punya elegant dan kekemasan daaaannn kecantikan harus dijaga yaa hshshsh.

I actually got no time to write but i still wanna write so let me go straight to the points you are searching for hehehe.


So TBH, aku sukaaa sangat dengan this wardah foundation sebab :

1. light weight.. rasa mcm tak pakai apa2

2. natural finishing.. as how it claims "colourfit" so it blends well with your skin.

3. oil control

4. CHEAP !!! ni paling penting yee sebab i masih student. DUIT TAKDEE JE MANJANG.

5. colour dia tak oxidized sangat pun, still nampak cerah after pakai a few hours.

6. i apply pakai jari and it goes smootly on skin, with natural finishing. tapi kalau korang banyak parut jerawat tu, suggest pakai sponge for better coverage / easier to spread.


I beli code OLIVE BEIGE 33W. Ni code paling dekat dgn skin kat leher i. Botol dia pun kecik je, senang nak selit dlm beg telekung untuk reapply after solat etc. Travel friendly jugak ni. 

nahh link shopee tempat i beli : https://shope.ee/3VLoPql5gP

                                                   https://shope.ee/3VLoPql5gP

go add to cart now, so that kalau ada shocking sale, at least you nampak kat cart youu !!!



Tengok finishing dia.. ni i pakai nipis sangat, and without concealer so parut jerawat still nampak. ni i reapply after solat zuhur around 1.30pm and took this photo at around 4.30pm

kalau tengah sale boleh jatuh harga jadi RM14 je sebotol. NP: RM28. Babeee !!! IMAGINE sebotol harga 14 je weh, murah, sumpah murah. boleh dah stop beli foundation maybelline, jangan sokong ISRAHELL okayy, dah la maybelline foundatio tu mahal, rasa heavy pulak hshshs (review jujur from me).

Btw, ni resit i beli haritu.

dah tu je nak bebel, byeee, sehingga ketemu lagi yaa ! hshshs

Wednesday, 13 January 2021

3 lessons I learnt. ( 3 pengajaran hidup yang aku belajar hari ni.)

Salam Hii everyone!

I’ve been away for quite some time, juggling with my online studies. Been away for almost a year, I guess. The only thing that brought me here is my desire to rant, to spill off my thoughts. Recently, something happened to someone close to me. And from that, I’m thinking of pouring down all those stuff inside my head, hoping that people will read and take benefit of it.

Tapi, aku nak cerita dalam bahasa melayu lah, sebab lebih ‘sampai’. Korang tau kan, sometimes, ada perkataan dalam English yang mcm orang kata, ‘tak cukup sampai’.. some of the words la. Only some of it. Or, maybe, my vocab is not that enough to deliver my message. Jadi. Aku pakai BM ya! Martabatkan bahasa kita ☺️☺️

3 perkara yang aku belajar tu ialah ;

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.


Maka, dengan ini, aku start untuk kosongkan semula otak aku yang memang dah jem dengan hal medik + dengan 3 perkara tadi. Sian aku tau.. hari ni dah la penat belajar. Ni baru dapat ‘clearkan brain storage’. Takpe2 niat kerana Allah.  Ada pahala jihad belajar disitu.

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sebenarnya, benda ni semua orang dah tau. It’s a common sense. Balik2 kalau pergi ceramah mana2 pun, ada je disentuh bab bersyukur ni. Sebab kita manusia, perlu sentiasa diingatkan dgn rasa syukur. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni.. ceh, baru 21. Haa takpe, sekurang2nya aku dapat belajar sesuatu. Ok ok berbalik pada cerita asal. Sepanjang aku hidup 21 tahun ni, aku ada ramai kawan. Ada yang kaya, maksud aku, jenis yang memang kaya gila. Nak apa semua dapat. Dan ada jugak yang miskin, miskin yang aku rasa, bagi aku, dah boleh kira miskin sangat lah. Ada jugak yang sederhana, macam aku. Yang sederhana ni biasa-biasalah. 

Ok. Yang kaya ni, serious kaya betul. Boleh kata, pendapatan isi rumah sebulan tu, berpuluh2 ribu, sorry ya geng, bagi aku, tu dah kaya betul dah. Sebab bolehh dikategorikan sebagai, nak beli apa, beli je tanpa berfikir panjang. Nak pulak, kawan2 aku yang kaya ni, kalau tak anak tunggal, adik-beradik dia mesti paling ramai 3 orang la. Kira memang orang yang terlebih senang la. Gadjet dia, semua latest, rumah lawa, banglo kau. Nak apa semua dapat. Hmm..memang kaya.

Pastu, kawan aku yang miskin ni pulak, sejak ayah dia meninggal time kami sekolah rendah dulu, hidup dia susah sangat. Nak pulak dia anak sulung. Ada lagi adik2 perempuan yang masih kecil, masih perlukan jagaan /asuhan. Jadi, sekarang, mak dia tulang belakang keluarga dia. Masa zaman sekolah tu, aku serius tak sangka dia sesusah / semiskin itu. Sampai lah ada kawan lain cerita kat aku, yang dia tu, tahap susah hidup dia, sampai family dia berkongsi sewa rumah dengan orang lain. Korang boleh bayangkan tak? Sebuah rumah setingkat, bilik dalam 3 ke 4 kut macam tu, bilik air mungkin 2, ( aku agak melalui tgk rumah tu dari luar je lah) lepastu setiap bilik tu keluarga yang berlainan. Ada jugak lelaki bujang yang menyewa bilik dalam rumah tu. Ya allah kesian weh. Aku terfikir, macam mana dia belajar. Keadaan rumah macam tu langsung tak kondusif. Kena kongsi satu bilik sekeluarga, lepas tu bilik air kongsi dengan orang luar entah sapa2. Nak jaga aurat lagi (sebab kawan aku tu perempuan, the whole family dia perempuan). And, aku dengar dulu, sejak ayah dia meninggal, tak mampu bayar kereta, kereta kena sita. Jadi, ada motor je satu. Tahap tak cukup duit tu sampai mak dia terpaksa hantar adik yang paling kecil, ke kampung, untuk tinggal dgn ahli keluarga lain kat kampung. Mungkin sedara atau atuk opah dia. Tu aku tak tau, tak berani nak tanya banyak sebab yelah, hal2 berkaitan kesusahan / pendapatan gaji semua ni agak sensitif bagi sesetengah orang. 

Ayah aku selalu cakap, sentiasa pandang orang yang berada di bawah kita, bukan orang yang diatas. Sebab dengan cara ni kita boleh ‘develop’ rasa syukur dengan apa yg kita ada. Kembali kepada cerita aku, someone close to me said “kita orang sederhana, tapi kenapa hidup kita macam B40”. Dia kata macam tu semata-mata sebab dia tak dapat kemahuan dia. Again I repeat ‘KEMAHUAN DIA’. Bukan keperluan. Untuk lebih spesifik, kemahuan dia ialah dia nak gadjet mahal macam ipad untuk belajar sedangkan di rumah dia dah cukup dah ada desktop 2 unit untuk memenuhi keperluan. Pada pandangan aku, desktop tu cukup je untuk tahap pembelajaran sekolah menengah. Cukup untuk menyertai kelas online di musim pkp. Sebab tu, kadang aku terfikir, kenapa dia tak pandang orang susah, macam yang aku cerita tadi.. rumah pun berkongsi dengan orang lain. Langsung tak kondusif, apatah lagi gadjet. Gadjet yang si miskin tadi ada cuma handphone murah harga RM200 -300 mcm tu. Jika nak dibandingkan dengan ‘someone close to me’ tadi yang ada desktop 2 unit, dalam rumah ada wifi laju lagi. Hmm..fikir fikirkanlah.


2. Hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain.

Okay, sebenarnya tajuk kedua ni agak berkait dengan topik yang di atas tadi. Apa yang aku maksudkan disini ialah, kita kena sedar diri kita di mana. Nak senang cerita, aku ambil diri aku sendiri lah. Aku seorang pelajar tahun 2 perubatan, hidup dengan elaun Mara (berstatus pinjaman boleh ubah) bukan biasiswa penuh. Aku masih menumpang di rumah mak ayah aku, sebab campus uni dekat dengan rumah. 

Poin aku sekarang ialah, sebagai pelajar yang masih menuntut, langsung tidak ada pendapatan sampingan, dan duit elaun pun aku guna untuk keperluan harian, duit minyak kereta, duit untuk bayar makan aku luar di rumah sepanjang pengajian, dan duit untuk beli ‘medical-related stuff’, AKU KENA SEDAR YANG AKU NI SANGAT2 LAH B40. Kenapa? Sebab... Kerja pun tak, gaji takde. Elaun pun pinjaman, bukan biasiswa, tu pun berapa ratus je, plus, aku memang tak minta tambahan duit belanja daripada mak ayah, sebab tak nak susahkan mereka, mereka ada anak2 yang lain untuk difikirkan, untuk ditanggung kosnya. Jadi aku hidup dgn duit elaun je. Rumah takde, tumpang rumah mak ayah. Kereta pun takde. Yang ada tu semua mak ayah punya. Lupa nak mention, aku memang tak mintak dah duit mak ayah sejak aku masuk asasi.

Bila kita sedar semua ni. Yes, kita akan berpijak di bumi yang nyata. Jadi, untuk apa pakai gadjet mahal2 iphone 12 latest2 semua tu. Kenapa perlu beli barang2 branded yang kita sememangnya tak mampu nak beli? Kenapa sanggup habiskan duit makan tempat mahal2 sedangkan kita tak mampu? Kenapa perlu untuk kita kejar benda yang bukan taraf kita. Semata2 sebab trend? Wow, sebab trend je kita sanggup habiskan duit yang tak berapa nak ada ni. 

Ni lah yg aku maksudkan dengan, “hidup dengan kehidupan kita, bukan kehidupan orang lain”. Jangan sebab kita nampak kawan2 pakai gadjet latest, kita pun nak ikut kejar pakai benda yang sama. Jangan terpengaruh. Sedar diri kita di mana. Kalau betul2 nak, pergi belajar rajin2 kerja bagus-bagus, waktu tu, dah mampu, ha, nak beli, belilah. Aku tak halang kalau korang nak jadikan sesuatu yang mahal tu sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri setelah korang punya ‘mission accomplish’. Tapi berpada2 lah reward tu pun. Jangan lah sampai mahal sangat, melebihi kemampuan diri. 

Jadi, dalam kes korang, korang nilai2 kanlah sendiri.


3. Belajar untuk menyesuaikan diri, bukan meminta keadaan untuk disesuaikan mengikut kehendak kita.

Pengajaran yang ketiga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Yang ni pun siap di sebut lagi dalam peribahasa melayu, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Maksudnya, kita kena menyesuaikan diri dgn tempat dan keadaan. Contoh dia lebih kurang je dgn situasi yang aku dah bincang kat atas. Plus, benda ni semua orang faham kut. Sebagai contoh lah eh, dalam course medic aku kat uni, bukan semua orang mampu nak beli ipad untuk mudahkan pembelajaran. So, dalam satu batch tu, ada a few of us yang takde ipad, stay old-fashion iaitu print notes. So, tengok diorang, even though susah sikit la kan, sebab notes BANYAK GILA NAK PRINT, dengan tersilap print lagi, dengan lecturer update slide powerpoint last minute, still diorang bersabar dan excellent at the end of the day. Tak pernah merungut. Sebab apa? Sebab mereka menyesuaikan diri dengan keadaan, keadaan yang susah la, duit tak berapa nak ada sangat. 

Semua contoh yang aku guna, berkait dengan student, sebab aku sendiri adalah pelajar. Tapi ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh diaplikasi pada situasi lain. Korang boleh je kaitkan dengan kehidupan masing-masing.

Basically all these lessons are not new, just we, humans tend to forget what we need to realize and to remember. I’m just putting these issues up here to remind us all of what we always forget. Jazakallahu khairan kathira.



Friday, 15 May 2020

Saya Nak Jadi Doktor!


Salam, hii. Minta maaf, title melayu tapi cerita English. Sorry bahasa rojak juga. I'm just too excited..
 tag: Doctor to be, i want to be a doctor

I have been keeping this dream since primary school. Eventhough i didn't know how does it look like to be a doctor, (all i knew was, a doctor treats people who are ill) my atuk did convinced me, it's a noble occupation.

Keeping that ambition deep inside me, I didn't look at other profession at all. For me, other works are unactractive.
- pardon me for my opinion, it's just my point of view, other occupations are noble and important as well ✌🏻-

Never have I ever thought that now, I'm pursuing my study in a medical school. One of the reason is that, I failed to put 10A's on my PT3 result. I knew in my heart, I broke ayah's heart that day. 

Ayah taught me a lot. He was the one who asked me to do extra homework during weekends, the one keeping an eye on me. My mom did it too, she taught me Physics at school. ( Yes, I was a teacher's daughter)

Then I promised myself I'll do anything to get 9A's for my SPM, because if i fail again, I have to forget this ambition forever. -(because I am hoping for scholarship, plus they'll only favour those with all A's) 

Each day I prayed, asking God to favour me for my Spm as a compensation for my plain PT3 result.

Addmath and Chemistry were the killers, both made my results ugly hahahah.

Unbelievably, I did it. I took my result literally on my birthday, 15 March 2018. I cried on the stage hahahhhah. Seeing those pictures taken on that day - i whispered myself, " How ugly I was, to cry on stage". Tangisan kegembiraan. Tambah pulak, masa tu I don’t know why my face had a terrible breakout. So there were pictures showing like a sprinkle of redness on my face, but who cares, I excelled, i got straight A’s 😂😂, I ranked second in my school !

Today, there is only a few years left before I become a real doctor. Everything happens so fast as if I'm daydreaming. 

Just a picture of me wearing labcoat. 😊👩🏻‍⚕️



So to anybody out there, as long as you have eagerness upon something you like, you are going to get it if you fertilize your dream with hardworks and reliance to your God.

I believe you can do it. 

But if you fail after all hardworks and sacrifices, He has a better plan for you.  He knows what’s best.


Friday, 18 October 2019

WOW UniKL RCMP - MBBS Registration September 2019

Assalamualaikum and hi there !

Congratulations for those who are chosen to be here in this program. I can say that RCMP is one of the best institute for MBBS as it has a lot of hands-on activities.

After graduating from Foundation in Science -UniKL at Kolej MARA Kuala Nerang, my batch and I continue our degree in MBBS at Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak which is located in Ipoh.

I am very thankful to Him, as he made me study here, in Rcmp. UniKL RCMP is just 15 minutes away from my house ! Ahhahhahh. Puas aku duduk Ipoh 😂

The day i registered is the most memorable day because it marks the beginning of my degree life.

So, dengan berbekalkan dokumen pendaftaran, borang MARA and stuffs and not to forget, massive support from my whole family , i went for the registration and Alhamdulillah all went well. Smooth je process kat sini. Just make sure anda tak tertinggal apa2 dokumen..



My friends and i ( a total of 4) planned to be roommates since college and we came together during registration. So, if you guys want to be together in a hostel, do register together.

Hostel :

Rcmp has 2 towers for students' dwellings. I would like to remind that this campus is so small causing only students in the first year / first semester are able to stay in hostels.

Talking about hostel, here i share some photos of my room ( Tower A : Lvl 10 : Room 5 ). Quite beautiful and cosy actually.. and fyi, only rooms at level 10  and a few rooms at other levels got green, shining floor 😮

Cantik enn 😍😍😍

Pintu bilik, yg kanan tu pintu cloth line.



Baru check-in

Ruang untuk letak toiletries and patutnya ada cloth line..
tapi maklumlah, jadi penghuni pertama level 10 blok A, cloth line pun takde lagi.


My roommates and I got to be the first batch to live at level 10 tower A ( almost everything is new).
So far, I'm satisfied with the facilities provided.

WOW :

Here in UniKL, we call the orientation program as WOW which stands for welcoming & orientation week. It's just the same like MDS in uitm.

Here i attached our sept 2019 WOW schedule.


WOW is more to club briefing, plus a few activities to increase cooperation and quick thinking skill.

The best part is, we did video conference 3 times with other 11 unikl campuses (2700 new students if I'm not mistaken).




My orientation group. we took this pic after the talent time in WOW session.

We won the third place for the sketch (Talent time).

The next to weeks after WOW session, we start our very first learning sessions and for MBBS, it is more to developing you into being a passionate doctor-in-the-making.

2 weeks after the WOW sessions is named as PPD weeks ( Personal and Professional Development). The professors  taught us things about ethics being a doctor, alturism, public speaking, and even the correct way to digest a few pages in a short period of time.

Picture of us taking quiz after being asked to digest 3 pages in half an hour

Belum lecture dah quiz.. 😂😂

Btw, during this PPD week, you'll get your very first assignment here by a prof. She'll assign you to make a personal EPORTFOLIO.. by using Google Site..


Medsoc Night:

Medsoc is a short form of Medical Society. Every student in MBBS program is a member of Medsoc. During medsoc night, the seniors will give a briefing abut the club, and there'll be registration for new members of MedSoc plus Preloved Medial Book Sale.

In the Blue Lecture Theatre

Preloved Medical Books Sale at the Student Lounge.
After a week in RCMP, our foundation lecturers from KMKN came here for meeting and e had a selfie. Sorry for putting this pic here but I just want to keep it here, in my blog.


A part of YTP KMKN 18/19 in front of RCMP new building.


Hit me up for any questions and infos. 😊
I'm sorry if I write too much for this post. I'm just too excited and contented. Heee