Wednesday 4 April 2018

Solat Jenazah Di Mekah / Madinah

Assalamualaikum,

Entry kali ni, aku tulis untuk panduan diri sendiri dan rakan2 yang mungkin curious on how it is done.

Selepas selesai solat fardhu di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, usually kita akan solat jenazah, sebab setiap masa akan ada orang yang meninggal dunia. Tujuan utama, untuk jenazah tu dapat doa daripada orang2 yang soleh, kerana doa orang soleh ni kann dimakbulkan Allah.

Untuk tau status jenazah, i mean it's either a man or a woman or a children, panggilan muadzin akan berbeza untuk setiap yang saya sebut tadi. Jika muadzin sebut:

as solatu a' lal mayyiti     = lelaki
as solatu a' lal mayyitati  = perempuan
as solatu a' lat thifli         = kanak-kanak
as solatu a' lal amwat      = banyak jenazah

But, usually muadzin tu sebut as solatu a'lal amwat

Banyak pahala kita kalau kita lakukan solat jenazah.


عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; 
Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar.

Cara Solat Jenazah:
Dilakukan hanya dengan 4 kali takbir, tanpa rukuk dan sujud.

1. Niat. 
Boleh guna bahasa melayu jue sebab kita niat dalam hati. Kalau tahu jantina jenazah, boleh specifickan niat kita. 
Kalau tidak tahu jantina jenazah atau ada beberapa orang jenazah, niat je macam ni: 
"Sahaja aku solat ke atas mayat yang disolatkan oleh imam, sebagai makmum tunai kerana Allah taala. "

Lafaz niat :

untuk yang tak tahu status lelaki atau wanita, contohnya mcm kat masjidil haram, kita solatkan jenazah tu tak tahu siapa dan jantinanya.


Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Man Solla ‘Alayhil Imamu Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat yang disolatkan oleh imam empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk jenazah lelaki





Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk jenazah perempuan

Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk kanak2 lelaki :
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk kanak2 perempuan

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

2. Takbir Pertama
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir pertama (macam solat fardu) dan kemudian baca Al Fatihah

3. Takbir Kedua
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir kedua dan kemudian selawat ke atas nabi
Nak selawat pendek boleh, nak selawat panjang pun boleh.

Selawat pendek / ringkas :
image003

Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah / (selawat yang selalu kita baca time tahiyat akhir):
image005
4. Takbir Ketiga
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir ketiga dan kemudian berdoa untuk jenazah
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya”

5. Takbir Keempat
Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.
Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:
image020
Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:
image023
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”
6. Memberi Salam
Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.
7. Aminkan doa selepas soalat jenazah
Doa akan dibaca oleh imam.

cara solat jenazah
Foto kredit: mr. google
Selesai! Yeayy.. dapat pahala besar bukit uhud.

1 comment: