Wednesday, 14 March 2018

Addmath, Ohh Addmath.. Nak drop atau tak?

Assalamualaikum and hii!

Sekarang aku dah habis sekolah, and dah ambil result spm, so aku rasa aku dah layak kut, nak bagi opinion untuk students yang baru naik form 4 nihh...hahahah. Berlagaknya. 👃

Wokehh.. dulu aku juga budak aliran sains, amik bio fizik kimia.  Tapi aku bukanlahh cemerlang sangat. Aku bukan orang yang selalu dapat no first dalam tingkatan. Tapi aku dikegorikan sebagai budak target.

In my opinion, kalau korang fail addmath sekalipun, jangan sesekali korang drop addmath kalau ada pasang niat nak masuk universiti. Sebab kalau takde addmath, korang memang tak kan dapat masuk Uni awam. Kalau swasta tu tak sure laa.. Lain laa kalau korang kaya.

Susah?! Hahahahaa.. mana ada benda senang dalam dunia ni. Memang aku mengaku, dulu aku pun menyampah ngan addmath ni. Tapi.. setiap orang ada titik perubahan dalam hidup dia. Orang puteh kata turning point.. hmm.

Mula2 aku dapat D, then naik ke C, pastu the next year (form 5) i got an A- yeayyy..sejak tu happy laahh jugak walaupun dapat A yg tak strong.
result mid year form 4

result end year form 4
result form 5

Once aku faham konsep dia, corak jawapan and bentuk soalan, aku mula minat ngan addmath ni walaupun aku tak pernah dapat A+. Takat A ngan A- je mampu. Yelahh Kita tak mampu lari dari CARELESS.

Macam2 cara nak terer addmath. Korang boleh youtube, atau belajar dari buku yang tunjuk contoh soalan dan contoh jawapan.. andd the most crucial thing is that korang WAJIB ada satu buku catatan yang bertajuk Kitab Addmath.

Hahahahhhah.. gelak sat. Senang je. Pergi kedai, beli buku hard cover yang cantiik2 tu.. Then, guna buku tu utk tulis semua jenis soalan beserta jawapan yang betul untuk mudahkan korang rujuk semula. Bukan lahh semua latihan yang korang jumpa korang kena salin. Alahh2.. buku buruk pun takpe. Janji tahan lama untuk pakai sampai form 5.

Just salin soalan yang susah je dari setiap bab masukkan dalam kirab addmath korang tu.. itu cara aku. 

.Contohnya, Fungsi Gubahan dari Bab 1. These were all my notes when I was in Form 4.

*Sorry gambar in progress...


Tapi enn, aku sebenarnya target A untuk addmath SPM based on banyak mana soalan yg mampu dijawab waktu spm haritu. Tapi alih2 dapat A- je. hmm.. tapi aku tetap bersyukur. Janji A.

Bila korang dah ada nota mcm ni, baru lahh senang nk ulang kaji. Kalau terjumpa soalan ni dalam latihan yang cikgu bagi, korang rujuk je al Kitab korang ni.

Nak buat memang agak renyah tapi korang tak akan menyesal bila dah ada nota ni sbb every time korang nak exam, selak2 je buku ni, tengok corak jawapan and korang dh ready utk exam.

Sebenarnya, untuk subjek lain pun aku buat macam tu.
Tapi ikut lahh subjek apa yang lemah..Kalau aku, aku lemah kimia.
So, untuk subjek Kimia pun aku buat perkara yang sama.

That's all for today. Ingat tau, fikir betul2 dulu sebelum drop. Nanti menyesal tak sudah.

1 comment: