Tuesday, 6 March 2018

Pengalaman Ujian Memandu Motokar Manual

Assalamualaikum and hii!

Selasa  20/2/2018  (Qti)

Aku ready kat rumah dalam pukul 8 centu, then mak cik Ani ambil aku and terus ke sekolah memandu. Mulut ni tasbih , tahmid banyak2. Ye laa.. orang nak test mesti risau enn.. takut tak lepas.

Sampai je sekolah tu, daftar and masuk ke bilik taklimat. Orang JPJ tu beri taklimat sikit berkenaan ujian pada hari tersebut. Dia pun ada pesan pada candidates regarding a few things yang perlu ingat.
Sorry sebab.. bahasa rojak.

Aku sesi 2 no 11. So, kiterang pergi buat RPK dulu. Naik kat pondok RPK, tunggu akak/ abg JPJ tu panggil number kita. Bila sampai turn aku, aku buat RPK sambil cakap apa yang aku buat.. Aku sebut satu2 tali sawat dlm keadaan baik.. bla bla2..

Selesai semua, aku ckp aku dah siap.
"Kenapa tak check minyak enjin", tegur akak tu dalam nada yang agak garang..
*aduhh lupa pulak. (dlm hati)

Aku geram sebenarnya dengan akak tu, sbb dia mark kertas ujian aku sambil sembang ngan kawan2 dia and dia tak bagi tumpuan pun kat aku yang tgh buat RPK ni.Tengok aku pun tak.

Tu takpe lagi, then dia boleh tick kat benda yang aku dah buat.. cth: aku dah check tayar siap explain bagai, tapi dia tick kata aku tak buat.
Haihhh.. geramm je hati ni. 3 markah dah hilang. aduh.. patutnya satu je.
Takpe.. sabar2.

Next, naik bukit. Sebelum naik bukit, kena buat RSM dulu pada kereta yang kita nak naik bukit ni.
RSM aku takde masalah.. malah mak cik JPJ ni siap kata lagi "Takpe2,  yang check panel instrumen tu skip.." dlm hati aku " yess.. malas sebenarnya nak buat bendalah ni"

Selesai bukit, buat parking, sapa tak lepas bukit dan lain2  boleh buat percubaan kali kedua. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya, dari bukit sampailah ke selekoh Z aku lulus dengan baik... cewahh.

Overall ujian bahagian 2 ni( ujian litar) aku lulus.

Pukul 1 rehat. Dalam 1.45 centu, mula pulak ujian jalan raya.

Okehh, part ni sedih lagi menyayat hati.

Punyalah LAMA tunggu giliran aku sbb aku sesi 2 no 11, bila sampai turn aku buat ujian 3 (jalan raya) ni, aku bagi salam, masuk dalam kereta, buat RSM semua tu. Nervous.

Aku boleh LUPA BAGI SIGNAL ke kanan sebelum start jalan. Bapak ahh.. Dan2 tu jugak pakcik yang kawan aku cakap ada aura ke 'bapa' an tu.. suruh aku berhenti.


Pak cik: Berhenti2!
Aku: *dalam hati cuak

Pak cik: Nadhirah, tadi waktu taklimat saya kata kena buat apa sebelum mula perjalanan?
Aku: Ammm, kena.. kena buat CITO

Pak cik: Habis tu kenapa tak buat?! *Nada tegas mcm nak marah pun ada
Aku: *diam


Aku usyar je apa yang dia buat time tu. Dia buat garisan slash (/) besar2 pada the whole kertas tu. Guna pen merah pulak tu..

Sentap je aku rasa time tu..As if i wrote an essay but then, the teacher just draw a big, big cross over the writings..

Pastu dia bagi kertas tu kat aku.

Aku keluar dari kereta. Sebenarnya mata dah berair tapi aku cover.. sebab bayangkan ehh.. aku baru je drive tak sapai 10 meter dah kena tendang keluar.. huhu. Cover nangis sebab malu laa enn.. Ramai je orang yang menunggu turn tu usyar je aku.

Aku tau, dalam hati derang mesti boleh agak yang aku gagal. Lepas tandatangan aku balik.

Kat kertas tu aku cari kesalahan aku, laa.. aku bukan tak buat CITO, tapi aku tak bagi signal ke kanan. Sebab kan tu kesalahan Mandatori (M), maka aku gagal serta merta.

Nangiss. Balik ngan atuk.. atuk pun kata takpe2.. nanti ulang lagi ye. huwarghhh lagi laa nangis dengar atuk ckp centu.

Dalam hati ni sebenarnya rasa macam dh tak nak jumpa org JPJ lagi dahh.. Malas nak ulang test dh
sebab  Geram + Marah + Sedih semua ada.

Balik rumah punn nangiss lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa 6/3/2018 (2 minggu kemudian)

Huhh.. baru balik dari test tadi. Bunguk betul laa.. (sorry ter mencarut, sorry2) tengah marah ni.

Pagi tadi, Sampai sekolah memandu, daftar sebagai calon ulangan.
Haritu kali pertama gagal. So now nak buat second attempt.

Aku giliran number 2. Tunggu laa kat kantin tu jap.. then, bila org JPJ dah masuk bilik mendaftar, aku daftar kan diri, bagi lesen belajar and dia kata boleh terus masuk ke kereta.

Ingatkan penguji hari ni baik hati.. tapi kurengg. Tapi aku still bersyukur sebab dia lelaki.

Mula dengan RSM, semua ok.. then nak jalan. Aku tanya dia jalan mana, Dia kata jalan A.
*dlm hati aku harap dia baik hati. Sambil2 drive tu aku pun ada jugak baca2 tahmid tasbih sume tu. Sebab bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita.

Ade la a few teguran masa drive, dia kata aku tukar gear cepat sangat laa.. tk sesuai dengan kelajuan la.. eventhough aku tukar gear ikut speedometer.. ye laa korang pun tau kan.. bila 40 km/ hour means gear 4. Macam tu laa enn tapi dia kata apa yg tutor tu ajar bukan betul sangat..

Dia ada cakap lagi.. yang kelam kabut nak laju2 sgt ni kenapa? Nak balik rumah? Kalau nak balik mehh tukar seat. Saya hantar kamu balik rumah. Aku balas, " Takde apa2 cik. Nervous je" Padahal time tu aku bawak 45 km/h je. aduhh now bila fikir2 balik,*tampar dahi aduyaii..

Kena pulak jalan A. hahahhhahh..
Aku sebenarnya practice jalan A sekali je wehh.. tu yang banyak kesalahan aku buat.
Balik je ke sekolah memandu, nak letak balik kereta ke tempat asal.. aku tak bagi signal masa roundabout dlm litar..

sebenarnya aku pun pelik jugak sbb masa practice selama ni takde pulak tutor aku suruh bagi signal masa pusing roundabout. So, aku tak bagi signal apa2.

Abang JPJ : kenapa tak bagi signal, bulatan kan?! Macam mana kamu ni,
                     Ni dah kali kedua ujian kan?! Takkan tak tau lagi! (*nada tegas)

Aku : *diam je dalam hati sebenarnya geramm sangat2

Abang JPJ: Dah2, bagi signal kiri parking tepi.

Aku: *buat seperti yang diarahkan

Dah siap free gear and tarik handbrake, Aku tunggu dia siapkan borang penilaian tu.
Then, sambung conversation,

Abang JPJ: kamu Gagal.

Once aku dengar je dia cakap centu.. terus aku nangis, nangis depan dia. Aku tutup mata aku dengan tangan, sambil kesat air mata kat hujung lengan baju. *dlm hati, wehhh kali kedua kau gagal nadd.

Aku menangis lagii..Sambil nangis aku tanya dia : " Apa salah saya?"

Cara aku tanya tu dah macam cakap dengan my boyfriend yang nak tinggalkan aku. huhuu pilu betul. WEH HAHHAHAHHAHAHAHA LAWAK LA BILA TERINGAT BALIK.
Then,
Abang tu diam, mungkin kesian plus rasa guilty bila tengok aku nangis.. Then dia ckp,


Abang JPJ: Berapa kali kamu mati enjin tadi?

Aku: Sekali. * Sambil kesat air mata.

Abang JPJ: Saya kesian, saya bagi kamu lulus.

Aku: *diam. dlm hati, urghhh geramnya.. bengong. Tadi kata gagal, sekarang kata lulus pulak.

Abang JPJ: Nanti bila kamu drive kereta kamu sendiri, jangan kelam kabut nak tukar gear.* Nada                            tenang (kurang marah laa)

Aku: *Angguk je (sambil nangis)


Abang tu hulur borang tu. Aku kata jap2. *tgh lap air mata.
Then, aku ambil borang tu.

Aku : terima kasih cik..

Abang JPJ: Ingat apa saya pesan.

Aku: terima kasih cik..

Aku keluar dari kereta. Aku perasan semua candidates usyar aku.. derang usyar aku sejak dari dalam kereta lagi.. ye laa.. sebab aku nangis since dlm kereta tadi.

Aku tak terus pergi cop borang tapi aku tegur Mak cik ani dulu.
Then aku dengar dia hon kereta. Dia buat Signal suruh aku pergi cop borang. Nampak sangat dia usyar mana aku pergi. Huh.

Kalau aku jadi derang, aku pun cuak.. bila nampak ada orang nangis lepas buat ujian. Dalam hati derang mesti fikir, dia kena marah ke?.. dia gagal ke? Kenapa dia nangis?..

Tapi aku tetap bersyukur. Cukuplah dah bazirkan duit ayah RM 175 untuk ulang test tu.

Hari Khamis nanti baru aku nak pergi buat lesen P.

Kesimpulannya, Nadhirah ni seorang yang sangatlah hati tisu, kena bentak dah nangis, cane nak jadi doktor ni, haduii. Tapi tulah kalau tak nangis, silap2 ulang test kali ketiga HAHAHHAHA im dead.

The End.


6 comments:

  1. Moral of the story, nangislah untuk tukarkan result gagal kepada lulus. Tapi lelaki kalau nangis kena gelak kot dia tgk tak kesian πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaah kann.. πŸ˜‚πŸ˜‚ plus, moral of the story, jangan careless mcm saya

      Delete
  2. Hrmm macam mana tu driving school x ajar bg signal kat bulatan sepatutnya diorang kena ajar..lau mcm tu susah nk jpj test ..sbb lau g tau pegawai jpj yg cikgu sekolah mmandu x ajar bg signal dekat bulatan confirm pegawai tu x percaya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tu lah, dah nasib saya. Alhamdulillah skrg dah 2 tahun drive, dah cekap 😊😊

      Delete
  3. Ya allah knpa kisah awk yg first test sama dgn sy . Sy x bg signal masa mula meme down rasa n nangis seharian🀣... Sy gagal test jpj 2 miggu lps dan 24/10/21 ulangan harap lah lulus kali kdua ni ... Doakan sy...

    ReplyDelete
  4. Kisah awak ni boleh dijadikan movie πŸ€£πŸ˜‚ geli hati aku baca~ tapikan tentang roundabout tu... saya pun tak dididik untuk bagi signal dari guru yg Pertama mengajar saya. Saya ambil kelas memandu nak hampir 1 tahun sebab busy dengan uni. Lepas tu, cikgu pun tukar. Dari situ baru tahu kena bagi signal. πŸ˜‚ itupun sempat 3 class je dengan cikgu baharu tu. Cara yang dia ajar sangatlah mudah. Kurang remit dari cikgu yg Pertama tu. πŸ‘

    ReplyDelete