Wednesday, 4 April 2018

Solat Jenazah Di Mekah / Madinah

Assalamualaikum,

Entry kali ni, aku tulis untuk panduan diri sendiri dan rakan2 yang mungkin curious on how it is done.

Selepas selesai solat fardhu di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, usually kita akan solat jenazah, sebab setiap masa akan ada orang yang meninggal dunia. Tujuan utama, untuk jenazah tu dapat doa daripada orang2 yang soleh, kerana doa orang soleh ni kann dimakbulkan Allah.

Untuk tau status jenazah, i mean it's either a man or a woman or a children, panggilan muadzin akan berbeza untuk setiap yang saya sebut tadi. Jika muadzin sebut:

as solatu a' lal mayyiti     = lelaki
as solatu a' lal mayyitati  = perempuan
as solatu a' lat thifli         = kanak-kanak
as solatu a' lal amwat      = banyak jenazah

But, usually muadzin tu sebut as solatu a'lal amwat

Banyak pahala kita kalau kita lakukan solat jenazah.


عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; 
Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar.

Cara Solat Jenazah:
Dilakukan hanya dengan 4 kali takbir, tanpa rukuk dan sujud.

1. Niat. 
Boleh guna bahasa melayu jue sebab kita niat dalam hati. Kalau tahu jantina jenazah, boleh specifickan niat kita. 
Kalau tidak tahu jantina jenazah atau ada beberapa orang jenazah, niat je macam ni: 
"Sahaja aku solat ke atas mayat yang disolatkan oleh imam, sebagai makmum tunai kerana Allah taala. "

Lafaz niat :

untuk yang tak tahu status lelaki atau wanita, contohnya mcm kat masjidil haram, kita solatkan jenazah tu tak tahu siapa dan jantinanya.


Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Man Solla ‘Alayhil Imamu Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat yang disolatkan oleh imam empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk jenazah lelaki





Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

untuk jenazah perempuan

Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk kanak2 lelaki :
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk kanak2 perempuan

Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala

2. Takbir Pertama
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir pertama (macam solat fardu) dan kemudian baca Al Fatihah

3. Takbir Kedua
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir kedua dan kemudian selawat ke atas nabi
Nak selawat pendek boleh, nak selawat panjang pun boleh.

Selawat pendek / ringkas :
image003

Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah / (selawat yang selalu kita baca time tahiyat akhir):
image005
4. Takbir Ketiga
Imam akan bertakbir : "Allahuakbar"
Kita: Angkat takbir ketiga dan kemudian berdoa untuk jenazah
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya”

5. Takbir Keempat
Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.
Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:
image020
Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:
image023
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”
6. Memberi Salam
Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.
7. Aminkan doa selepas soalat jenazah
Doa akan dibaca oleh imam.

cara solat jenazah
Foto kredit: mr. google
Selesai! Yeayy.. dapat pahala besar bukit uhud.

Friday, 16 March 2018

Maksud 1119 (GCE-O) pada slip keputusan SPM

Assalamualaikum and hii!

Kali ni aku saja nak share tentang bendalah kat bawah slip tu as actuallyu dulu pun aku curious jugak.. then dapat laa info sedikit. So, aku abadikan kat blog ni because, sharing is caring!

Kalau kita tengok pada slip tu, bahagian bawah sekali ada tertulis 1119 GCE-O

Contoh:


Sebenarnya esei korang juga di check mengikut standard British. So kalau nak tau markah korang okay ke tak, tengok ni:

Start dengan yang paling cemerlang, 1A then 2A, 3B, 4B dan seterusnya

1A
2A
3B
4B
5C
6C
7D
8E
9G

1A ialah yang paling cemerlang

Kod 1119 tu adalah result English SPM biasa yang merangkumi markah dari paper 1 dan paper 2.
Paper 1 ialah soalan yang ada 2 esei dan paper 2 ialah Multiple choice questions (MCQs), Reading Comprehension and Literature.

GCE pula adalah result ONLY on Paper 1 kita in order to check the quality of our writings.
GCE di periksa menggunakan standard Cambridge English dan pemeriksa GCE are from Cambridge.

GCE ini digunakan untuk apply study ke luar negara dan hanya laku setahun sahaja. Selepas setahun, it is no longer valid. Macam exam IELTS or TOEFL.

Grade yang layak apply ke luar negara adalah 1 , 2 & 3 sahaja.

Jadi kalau ada sesiapa dapat 1,2,3 maknanya kualiti writing anda sangat bagus.

The funny things is that, akan ada ramai pelajar yang dapat A+ for English tapi GCE dapat 4,5,6.

Itu adalah kerana, mengikut standard 1119 (lembaga peperiksaan Malaysia) your English is A+ tapi mengikut Standard Cambridge (UK) it isn't.

Thursday, 15 March 2018

Ambil Keputusan SPM 2017 - yeayy I'm a Straight A's scorer !

Assalamualaikum and hii!

15 MARCH 2018

 Hari bersejarah untuk semua calon SPM 2017.
Tapi yang paling penting ialah.. hari ni Hari Jadi aku! Yeayy

Otw ke sekolah tu, ayah tak habis2 ckp : Debaran kian terasa, dup dap dup dap.

Hahhahahhahha.. tagune. Sapa tak saspen kann.
Sampai je sekolah, around 10 o clock centu.. i went to the hall and waited for others.
Berdebar betul. Dalam hati ni asyik terfikir je : "what if keputusan aku nanti nearmiss, ada satu B "

Kalau itu yang terjadi.. setiap kali aku sambut birthday.. aku akan ingat kenangan pahit result SPM tu sebab tarikh announce result spm ngan birthday aku sama.

Suasana hari ambil result
My mom already knew my result pukul 9.30 lagi sebab dia cikgu but she refused to tell me.
Alasan: Saja nak bagi surprise. Alih2 rupanya ayah pun dh tauu tapi saje buat 2 taktau.

Haihhh geram pun ade. Aku tanya kiterang punya form teacher. Dia kata yang dapat straight A's hanya A FEW.
Dalam hati ni dah berkira2 dah.. a few tu kemungkinan besar tak termasuk aku.

Aku menangis. Tapi controll laa.. jenuh lap guna tissue.

Then, tibalah masa yang ditunggu2. Pengetua naik pentas beri ucapan, katanya 4 orang Straight A's dan 4 orang semua A satu B.

Straight A's scorers: 1.  Suhail = 8A+ 1A     
                                 2.  Egu Xiao Xuan = 7A+ 2A kott.. tak ingat.
                                 3.  Me!
                                 4.  Wani Hisham

Yang ketiga , suddenly nama aku naikk.. wehh dan2 tu aku nangiss. Macam mimpi je.
Aku naik atas sambil lap muka ngan tissue.

Malu pulak nangis2. hahahhahh.



                                                                       Slip SPM

4 orang  straight A's tahun ni
Actually aku betul 2 expect 2A+ je iaitu fizik and maths. tiba2 jadi enam A+.



Faasyuhannar

Sebenarnya ianya sangat memberi pressure kepada diri sendiri ni debab aku anak sulung dan cucu sulung belah ayah.

So, definitely aku kena bukak jalan untuk berjaya depada adik2 and cousins yg masih junior.
Ayah ibu, atuk and opah pun bangga sampai atuk cakap  dia nk bagitau kakak dia yg cucu dia stret A.



kacau jee motor tuu

Behind the scene
Tu je kott untuk entry kali nii. To those yang bakal menduduki SPM.. goodluck saya ucapkan.

Rahsia cemerlang next entry ehh. Nnti saya letak link.

Wednesday, 14 March 2018

Addmath, Ohh Addmath.. Nak drop atau tak?

Assalamualaikum and hii!

Sekarang aku dah habis sekolah, and dah ambil result spm, so aku rasa aku dah layak kut, nak bagi opinion untuk students yang baru naik form 4 nihh...hahahah. Berlagaknya. 👃

Wokehh.. dulu aku juga budak aliran sains, amik bio fizik kimia.  Tapi aku bukanlahh cemerlang sangat. Aku bukan orang yang selalu dapat no first dalam tingkatan. Tapi aku dikegorikan sebagai budak target.

In my opinion, kalau korang fail addmath sekalipun, jangan sesekali korang drop addmath kalau ada pasang niat nak masuk universiti. Sebab kalau takde addmath, korang memang tak kan dapat masuk Uni awam. Kalau swasta tu tak sure laa.. Lain laa kalau korang kaya.

Susah?! Hahahahaa.. mana ada benda senang dalam dunia ni. Memang aku mengaku, dulu aku pun menyampah ngan addmath ni. Tapi.. setiap orang ada titik perubahan dalam hidup dia. Orang puteh kata turning point.. hmm.

Mula2 aku dapat D, then naik ke C, pastu the next year (form 5) i got an A- yeayyy..sejak tu happy laahh jugak walaupun dapat A yg tak strong.
result mid year form 4

result end year form 4
result form 5

Once aku faham konsep dia, corak jawapan and bentuk soalan, aku mula minat ngan addmath ni walaupun aku tak pernah dapat A+. Takat A ngan A- je mampu. Yelahh Kita tak mampu lari dari CARELESS.

Macam2 cara nak terer addmath. Korang boleh youtube, atau belajar dari buku yang tunjuk contoh soalan dan contoh jawapan.. andd the most crucial thing is that korang WAJIB ada satu buku catatan yang bertajuk Kitab Addmath.

Hahahahhhah.. gelak sat. Senang je. Pergi kedai, beli buku hard cover yang cantiik2 tu.. Then, guna buku tu utk tulis semua jenis soalan beserta jawapan yang betul untuk mudahkan korang rujuk semula. Bukan lahh semua latihan yang korang jumpa korang kena salin. Alahh2.. buku buruk pun takpe. Janji tahan lama untuk pakai sampai form 5.

Just salin soalan yang susah je dari setiap bab masukkan dalam kirab addmath korang tu.. itu cara aku. 

.Contohnya, Fungsi Gubahan dari Bab 1. These were all my notes when I was in Form 4.

*Sorry gambar in progress...


Tapi enn, aku sebenarnya target A untuk addmath SPM based on banyak mana soalan yg mampu dijawab waktu spm haritu. Tapi alih2 dapat A- je. hmm.. tapi aku tetap bersyukur. Janji A.

Bila korang dah ada nota mcm ni, baru lahh senang nk ulang kaji. Kalau terjumpa soalan ni dalam latihan yang cikgu bagi, korang rujuk je al Kitab korang ni.

Nak buat memang agak renyah tapi korang tak akan menyesal bila dah ada nota ni sbb every time korang nak exam, selak2 je buku ni, tengok corak jawapan and korang dh ready utk exam.

Sebenarnya, untuk subjek lain pun aku buat macam tu.
Tapi ikut lahh subjek apa yang lemah..Kalau aku, aku lemah kimia.
So, untuk subjek Kimia pun aku buat perkara yang sama.

That's all for today. Ingat tau, fikir betul2 dulu sebelum drop. Nanti menyesal tak sudah.

Tuesday, 6 March 2018

Pengalaman Ujian Memandu Motokar Manual

Assalamualaikum and hii!

Selasa  20/2/2018  (Qti)

Aku ready kat rumah dalam pukul 8 centu, then mak cik Ani ambil aku and terus ke sekolah memandu. Mulut ni tasbih , tahmid banyak2. Ye laa.. orang nak test mesti risau enn.. takut tak lepas.

Sampai je sekolah tu, daftar and masuk ke bilik taklimat. Orang JPJ tu beri taklimat sikit berkenaan ujian pada hari tersebut. Dia pun ada pesan pada candidates regarding a few things yang perlu ingat.
Sorry sebab.. bahasa rojak.

Aku sesi 2 no 11. So, kiterang pergi buat RPK dulu. Naik kat pondok RPK, tunggu akak/ abg JPJ tu panggil number kita. Bila sampai turn aku, aku buat RPK sambil cakap apa yang aku buat.. Aku sebut satu2 tali sawat dlm keadaan baik.. bla bla2..

Selesai semua, aku ckp aku dah siap.
"Kenapa tak check minyak enjin", tegur akak tu dalam nada yang agak garang..
*aduhh lupa pulak. (dlm hati)

Aku geram sebenarnya dengan akak tu, sbb dia mark kertas ujian aku sambil sembang ngan kawan2 dia and dia tak bagi tumpuan pun kat aku yang tgh buat RPK ni.Tengok aku pun tak.

Tu takpe lagi, then dia boleh tick kat benda yang aku dah buat.. cth: aku dah check tayar siap explain bagai, tapi dia tick kata aku tak buat.
Haihhh.. geramm je hati ni. 3 markah dah hilang. aduh.. patutnya satu je.
Takpe.. sabar2.

Next, naik bukit. Sebelum naik bukit, kena buat RSM dulu pada kereta yang kita nak naik bukit ni.
RSM aku takde masalah.. malah mak cik JPJ ni siap kata lagi "Takpe2,  yang check panel instrumen tu skip.." dlm hati aku " yess.. malas sebenarnya nak buat bendalah ni"

Selesai bukit, buat parking, sapa tak lepas bukit dan lain2  boleh buat percubaan kali kedua. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya, dari bukit sampailah ke selekoh Z aku lulus dengan baik... cewahh.

Overall ujian bahagian 2 ni( ujian litar) aku lulus.

Pukul 1 rehat. Dalam 1.45 centu, mula pulak ujian jalan raya.

Okehh, part ni sedih lagi menyayat hati.

Punyalah LAMA tunggu giliran aku sbb aku sesi 2 no 11, bila sampai turn aku buat ujian 3 (jalan raya) ni, aku bagi salam, masuk dalam kereta, buat RSM semua tu. Nervous.

Aku boleh LUPA BAGI SIGNAL ke kanan sebelum start jalan. Bapak ahh.. Dan2 tu jugak pakcik yang kawan aku cakap ada aura ke 'bapa' an tu.. suruh aku berhenti.


Pak cik: Berhenti2!
Aku: *dalam hati cuak

Pak cik: Nadhirah, tadi waktu taklimat saya kata kena buat apa sebelum mula perjalanan?
Aku: Ammm, kena.. kena buat CITO

Pak cik: Habis tu kenapa tak buat?! *Nada tegas mcm nak marah pun ada
Aku: *diam


Aku usyar je apa yang dia buat time tu. Dia buat garisan slash (/) besar2 pada the whole kertas tu. Guna pen merah pulak tu..

Sentap je aku rasa time tu..As if i wrote an essay but then, the teacher just draw a big, big cross over the writings..

Pastu dia bagi kertas tu kat aku.

Aku keluar dari kereta. Sebenarnya mata dah berair tapi aku cover.. sebab bayangkan ehh.. aku baru je drive tak sapai 10 meter dah kena tendang keluar.. huhu. Cover nangis sebab malu laa enn.. Ramai je orang yang menunggu turn tu usyar je aku.

Aku tau, dalam hati derang mesti boleh agak yang aku gagal. Lepas tandatangan aku balik.

Kat kertas tu aku cari kesalahan aku, laa.. aku bukan tak buat CITO, tapi aku tak bagi signal ke kanan. Sebab kan tu kesalahan Mandatori (M), maka aku gagal serta merta.

Nangiss. Balik ngan atuk.. atuk pun kata takpe2.. nanti ulang lagi ye. huwarghhh lagi laa nangis dengar atuk ckp centu.

Dalam hati ni sebenarnya rasa macam dh tak nak jumpa org JPJ lagi dahh.. Malas nak ulang test dh
sebab  Geram + Marah + Sedih semua ada.

Balik rumah punn nangiss lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa 6/3/2018 (2 minggu kemudian)

Huhh.. baru balik dari test tadi. Bunguk betul laa.. (sorry ter mencarut, sorry2) tengah marah ni.

Pagi tadi, Sampai sekolah memandu, daftar sebagai calon ulangan.
Haritu kali pertama gagal. So now nak buat second attempt.

Aku giliran number 2. Tunggu laa kat kantin tu jap.. then, bila org JPJ dah masuk bilik mendaftar, aku daftar kan diri, bagi lesen belajar and dia kata boleh terus masuk ke kereta.

Ingatkan penguji hari ni baik hati.. tapi kurengg. Tapi aku still bersyukur sebab dia lelaki.

Mula dengan RSM, semua ok.. then nak jalan. Aku tanya dia jalan mana, Dia kata jalan A.
*dlm hati aku harap dia baik hati. Sambil2 drive tu aku pun ada jugak baca2 tahmid tasbih sume tu. Sebab bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita.

Ade la a few teguran masa drive, dia kata aku tukar gear cepat sangat laa.. tk sesuai dengan kelajuan la.. eventhough aku tukar gear ikut speedometer.. ye laa korang pun tau kan.. bila 40 km/ hour means gear 4. Macam tu laa enn tapi dia kata apa yg tutor tu ajar bukan betul sangat..

Dia ada cakap lagi.. yang kelam kabut nak laju2 sgt ni kenapa? Nak balik rumah? Kalau nak balik mehh tukar seat. Saya hantar kamu balik rumah. Aku balas, " Takde apa2 cik. Nervous je" Padahal time tu aku bawak 45 km/h je. aduhh now bila fikir2 balik,*tampar dahi aduyaii..

Kena pulak jalan A. hahahhhahh..
Aku sebenarnya practice jalan A sekali je wehh.. tu yang banyak kesalahan aku buat.
Balik je ke sekolah memandu, nak letak balik kereta ke tempat asal.. aku tak bagi signal masa roundabout dlm litar..

sebenarnya aku pun pelik jugak sbb masa practice selama ni takde pulak tutor aku suruh bagi signal masa pusing roundabout. So, aku tak bagi signal apa2.

Abang JPJ : kenapa tak bagi signal, bulatan kan?! Macam mana kamu ni,
                     Ni dah kali kedua ujian kan?! Takkan tak tau lagi! (*nada tegas)

Aku : *diam je dalam hati sebenarnya geramm sangat2

Abang JPJ: Dah2, bagi signal kiri parking tepi.

Aku: *buat seperti yang diarahkan

Dah siap free gear and tarik handbrake, Aku tunggu dia siapkan borang penilaian tu.
Then, sambung conversation,

Abang JPJ: kamu Gagal.

Once aku dengar je dia cakap centu.. terus aku nangis, nangis depan dia. Aku tutup mata aku dengan tangan, sambil kesat air mata kat hujung lengan baju. *dlm hati, wehhh kali kedua kau gagal nadd.

Aku menangis lagii..Sambil nangis aku tanya dia : " Apa salah saya?"

Cara aku tanya tu dah macam cakap dengan my boyfriend yang nak tinggalkan aku. huhuu pilu betul. WEH HAHHAHAHHAHAHAHA LAWAK LA BILA TERINGAT BALIK.
Then,
Abang tu diam, mungkin kesian plus rasa guilty bila tengok aku nangis.. Then dia ckp,


Abang JPJ: Berapa kali kamu mati enjin tadi?

Aku: Sekali. * Sambil kesat air mata.

Abang JPJ: Saya kesian, saya bagi kamu lulus.

Aku: *diam. dlm hati, urghhh geramnya.. bengong. Tadi kata gagal, sekarang kata lulus pulak.

Abang JPJ: Nanti bila kamu drive kereta kamu sendiri, jangan kelam kabut nak tukar gear.* Nada                            tenang (kurang marah laa)

Aku: *Angguk je (sambil nangis)


Abang tu hulur borang tu. Aku kata jap2. *tgh lap air mata.
Then, aku ambil borang tu.

Aku : terima kasih cik..

Abang JPJ: Ingat apa saya pesan.

Aku: terima kasih cik..

Aku keluar dari kereta. Aku perasan semua candidates usyar aku.. derang usyar aku sejak dari dalam kereta lagi.. ye laa.. sebab aku nangis since dlm kereta tadi.

Aku tak terus pergi cop borang tapi aku tegur Mak cik ani dulu.
Then aku dengar dia hon kereta. Dia buat Signal suruh aku pergi cop borang. Nampak sangat dia usyar mana aku pergi. Huh.

Kalau aku jadi derang, aku pun cuak.. bila nampak ada orang nangis lepas buat ujian. Dalam hati derang mesti fikir, dia kena marah ke?.. dia gagal ke? Kenapa dia nangis?..

Tapi aku tetap bersyukur. Cukuplah dah bazirkan duit ayah RM 175 untuk ulang test tu.

Hari Khamis nanti baru aku nak pergi buat lesen P.

Kesimpulannya, Nadhirah ni seorang yang sangatlah hati tisu, kena bentak dah nangis, cane nak jadi doktor ni, haduii. Tapi tulah kalau tak nangis, silap2 ulang test kali ketiga HAHAHHAHA im dead.

The End.


Monday, 5 March 2018

Batch Form 5 2017 Science 1

Sometimes, i just miss my friends so much. Rindu nak sekolahh..
Baru sebulan lebih habis Spm. Rasa kosong jap.
Maybe sebab tak kerja.. Nak buat camne, takde transport.

Haihh, Rinduuu. These photos were my form 5 memories.

15 March 2017 nanti nak amik results. Hope sangat straight A's.

Sesat aku tudung hitam
Gambar dengan kelas sebelah


Gambar dengan classmate
Baju kelas science 1

Group Besties